TERIMA MENGADAP MENTERI BESAR JOHOR; EXCO BELIA, SUKAN, PEMBANGUNAN USAHAWAN, KOPERASI & SUMBER MANUSIA DAN PENGERUSI JAWATANKUASA PENDIDIKAN DAN PENERANGAN JOHOR
By Admin
Jun 03, 2024
Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor terima mengadap YAB Dato’ Onn Hafiz Ghazi, Menteri Besar Johor, YB Tuan Mohd Hairi bin Mad Shah, Exco Belia, Sukan, Pembangunan Usahawan, Koperasi & Sumber Manusia Negeri Johor dan YB Tuan Aznan Tamin, Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan dan Penerangan Johor pada hari ini, 3 Jun 2024.
Hadir sama adalah YB Dato’ Haji On bin Jabbar @ Jaafar, Timbalan Setiausaha Kerajaan Johor (Sukan, Belia dan Sukarelawan) dan Tuan Mohamad Alif Bin A. Rahim, Pemangku Presiden Majlis Belia Negeri Johor.
Dalam pertemuan ini, perbincangan tertumpu kepada aktiviti-aktiviti untuk para belia negeri Johor dan perancangan program-program khas belia yang berimpak tinggi. Allah Peliharakan Sultan.




