TERIMA MENGADAP MENTERI BESAR JOHOR; SETIAUSAHA KERAJAAN JOHOR DAN PEGAWAI KEWANGAN NEGERI JOHOR
By Admin
Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor terima mengadap YAB Dato’ Onn Hafiz Ghazi, Menteri Besar Johor, YB Tan Sri Dato’ Dr Hj Azmi Bin Rohani, Setiausaha Kerajaan Johor dan YB Dato’ Haji Mohammed Ridha Dato’ Haji Abd Kadir, Pegawai Kewangan Negeri Johor pada hari ini, 4 Jun 2024.
Hadir sama adalah YB Tuan Raven Kumar A/L Krishnasamy, Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan, Warisan dan Budaya Negeri Johor, YB Dato’ Haji Ismail Haji Abu Timbalan Setiausaha Kerajaan Johor (Pengurusan), Tuan Haji Zainor Adani, Pegawai Daerah Batu Pahat, YB Dato’ Asman Shah Abd. Rahman, Datuk Bandar Majlis Bandaraya Pasir Gudang dan Encik Sharil Nizam Abdul Rahim, Pengarah Tourism Johor.
Dalam pertemuan ini, pelbagai perkara berkaitan hal ehwal negeri dan isu-isu penting disampaikan kepada DYAM Pemangku Sultan Johor dan dibincangkan. Allah Peliharakan Sultan.




