TERIMA MENGADAP MENTERI BESAR JOHOR
By Admin
Pertemuan yang baik bersama YAB Menteri Besar Johor bagi mengikuti rapat perkembangan negeri Johor. Saya sempat meneliti kemajuan agenda utama saya iaitu penambahbaikan silibus pendidikan negeri, infrastruktur dan ekonomi Johor. Saya bangga dengan kemajuan yang dicapai kerana saya telah mencabar diri sendiri dan kerajaan negeri untuk menyempurnakan misi kami serta mencapai sebanyak mungkin dalam tempoh lima tahun.
Matlamat adalah untuk mempertingkatkan pemikiran dan prestasi pegawai-pegawai kerajaan dalam agensi negeri serta syarikat berkaitan kerajaan (GLC). Saya memantau kawalan kualiti dalam sistem dengan teliti. Keutamaan kini adalah kemajuan.
Suatu hari, seorang lelaki bertanya kepada tukang kebun, bagaimana tanaman beliau boleh tumbuh dengan begitu indah? Tukang kebun itu menjawab, “Saya tidak paksa mereka untuk tumbuh, saya hanya buang apa yang menghalangnya.”
Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor



