Skip to main content

TITAH DULI YANG AMAT MULIA PEMANGKU SULTAN JOHOR BERKENAAN PENCAPAIAN JOHOR

Admin
April 16, 2025

Johor telah mencatat pelaburan bernilai RM27.4 bilion bagi suku pertama tahun 2025.

Pencapaian ini didorong terutamanya oleh Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) serta pelbagai inisiatif lain yang dilaksanakan bagi menarik lebih banyak pelaburan ke negeri ini.

Pada masa yang sama, seperti yang saya telah tegaskan apabila dilantik sebagai Pemangku Sultan Johor, saya akan memastikan tahap pendidikan di Negeri Johor dipertingkatkan. Pihak Kerajaan Johor telah memperuntukkan RM55 juta untuk memperbaiki sistem pendidikan di Johor.

Berkenaan mitigasi banjir yang sepatutnya lengkap pada tahun 2029, saya telah menitahkan agar projek ini dipercepatkan dan dilengkapkan selewat-lewatnya pada tahun 2027.

Infrastruktur negeri Johor sentiasa menjadi tumpuan utama, selain meningkatkan tahap pendidikan, taraf hidup dan ekonomi yang amat penting bagi memastikan kemajuan dan daya saing negeri Johor.

Syabas saya ucapkan kepada Menteri Besar Johor, Dato’ Onn Hafiz Ghazi, Kerajaan Negeri Johor, sektor swasta dan semua yang terlibat atas usaha positif dan pelaksanaan inisiatif-inisiatif yang selari dengan usaha memartabatkan lagi Negeri Johor dalam pelbagai aspek.

Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor

© DYAM Pemangku Sultan Johor. Hakcipta Terpelihara.