Skip to main content

TUNKU MAHKOTA ISMAIL YOUTH CENTRE BARU DI KLUANG DAN ISKANDAR PUTERI

admin
September 02, 2021

Saya dengan sukacita ingin mengumumkan bahawa Tunku Mahkota Ismail Youth Centre (TMIYC) yang seterusnya akan dibina di Kluang dan Iskandar Puteri. Cadangan untuk Gimnasium Rakyat juga telah diluluskan dan akan ditempatkan di TMIYC Iskandar Puteri.

TMIYC Johor Bahru sudahpun dirasmikan pada Disember 2020 manakala majlis pecah tanah untuk kawasan TMIYC Muar sudah dilaksanakan. TMIYC di Mersing dan Pasir Gudang akan dibina seterusnya.

Pembinaan TMIYC adalah idea dan visi saya untuk memperkasakan pembangunan golongan belia dengan pembinaan sebuah Youth Centre di setiap daerah di Johor. TMIYC akan dilengkapi dengan pelbagai kemudahan bagi manfaat golongan belia dan bakal menjadi titik tumpuan belia tempatan untuk perkembangan diri dan aktiviti berkumpulan.

Pada masa yang akan datang, belia boleh menikmati kemudahan seperti padang bola sepak sintetik, gelanggang sukan extreme, hab e-sports, dan gelanggang futsal serta asrama untuk penginapan pengunjung. Ini adalah hasrat dan azam saya untuk membawa pembangunan kepada seluruh negeri dan Bangsa Johor, terutamanya golongan belia.

DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor

© DYAM Pemangku Sultan Johor. Hakcipta Terpelihara.