Skip to main content

ZIARAH KASIH PENYAMPAIAN KURNIAAN DYAM TUNKU MAHKOTA JOHOR FASA 1 BULAN DISEMBER 2021 KEPADA KELUARGA-KELUARGA TERMISKIN DI MUKIM BANDAR DAN MUKIM TEBRAU DAERAH JOHOR BAHRU

Admin
Disember 14, 2021

Yang Berhormat Dato’ Haji Abdul Rahman Bin Salleh, Pegawai Daerah Johor Bahru diiringi Penghulu Tinggi, Penghulu Mukim dan Ketua Kampung telah menyempurnakan penyerahan kurniaan DYAM Tunku Mahkota Johor Fasa 1 Bulan Disember 2021 bertempat di Mukim Bandar dan Mukim Tebrau daerah Johor Bahru.

Kurniaan DYAM Tunku Mahkota Johor adalah untuk membantu meringankan beban dan kesulitan hidup yang dihadapi oleh keluarga-keluarga yang serba memerlukan. Antara penerima kurniaan DYAM Tunku Mahkota Johor adalah:-

1- Pesakit angin ahmar semenjak 2017 dan tiada punca pendapatan.

2- Pesakit buah pinggang yang memerlukan kos dialisis.

3- Seorang OKU penglihatan yang juga pesakit buah pinggang dan memerlukan kos dialisis.

4- Pesakit asma kronik serta menanggung anak saudara OKU.

5- Pesakit kencing manis kronik yang terjejas penglihatan.

6- Ibu tunggal menghidap penyakit kencing manis kronik dan masalah buah pinggang.

7- Pesakit buah pinggang tiada punca pendapatan.

8- Pesakit strok tiada pendapatan terpaksa menanggung 5 orang anak.

Kurniaan DYAM Tunku Mahkota Johor merupakan inisiatif baginda untuk membantu golongan asnaf, fakir miskin, ibu tunggal, Orang Kelainan Upaya (OKU), kehilangan pendapatan atas sebab pandemik ini, dan sebagainya untuk meringankan beban dan kesusahan yang ditanggung.

© DYAM Pemangku Sultan Johor. Hakcipta Terpelihara.