PENYERAHAN KURNIAAN DULI YANG AMAT MULIA TUNKU MAHKOTA JOHOR BAGI DAERAH TANGKAK

Admin

By Admin

Disember 14, 2021

Tuan Haji Mohammed Shakib Bin Haji Ali selaku Pegawai Daerah Tangkak telah mengadakan kunjungan dan menyampaikan kurniaan DYAM Tunku Mahkota Johor kepada beberapa keluarga yang kurang bernasib baik di Mukim Serom.

Inisiatif Tunku Mahkota Johor ini menyasarkan penerima dari kalangan keluarga yang daif, asnaf atau individu yang betul-betul memerlukan tanpa keterbatasan dari segi agama dan bangsa.

Bagi fasa ini, penerima adalah dari kalangan warga emas yang telah uzur, menghidap penyakit darah tinggi, masalah kulit serta masalah buah pinggang yang memerlukan rawatan berkala.

Turut serta dalam penyerahan ini, Ketua Penolong Pegawai Daerah Tangkak, Penolong Pegawai Daerah Tangkak, Penghulu Kanan, Penghulu- Penghulu Mukim, Ketua-Ketua Kampung serta warga kerja Pejabat Daerah Tangkak.

Semua penerima mendoakan agar DYMM Sultan Johor, DYMM Permaisuri Johor dan DYAM Tunku Mahkota Johor serta semua Kerabat Diraja diberikan pelindungan dan kesihatan oleh Allah SWT. Penerima menjunjung kasih atas kurniaan sumbangan DYAM TMJ dan semoga pemberian ini serba sedikit dapat meringankan beban mereka.

© DYAM Tunku Mahkota Johor. Hakcipta Terpelihara.