Skip to main content

ZIARAH MUHIBBAH SEMPENA PENYAMPAIAN KURNIAAN DYAM TUNKU MAHKOTA JOHOR DI DAERAH MERSING

Admin
Ogos 02, 2022

Pegawai Daerah Mersing, Yang Berbahagia Tuan Haji Mohammed Shakib bin Haji Ali dengan diiringi oleh En Halid bin Mohd Salleh Pengurus Taman Laut Sultan Iskandar Perbadanan Taman Negara Johor telah mengadakan Ziarah Muhibbah sempena menyampaikan kurniaan Duli Yang Amat Mulia Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor kepada kepada beberapa keluarga di Mukim Pulau-Pulau (Pulau Aur).

Kurniaan DYAM Tunku Mahkota Johor ini adalah perkenan inisiatif berterusan baginda Tunku Mahkota Johor untuk memastikan kesejahteraan dan kebajikan Bangsa Johor khusus di Mersing ini sentiasa menjadi keutamaan.

Kurniaan DYAM Tunku Mahkota Johor ini adalah bagi meringankan beban golongan sasar yang dikenalpasti oleh pemimpin masyarakat dan penghulu mukim terdiri daripada keluarga asnaf dan dhaif, pesakit kronik, B40 yang tiada sumber pendapatan akibat diberhentikan pekerjaan, mangsa bencana dan lain-lain keperluan bagi meringankan beban yang dihadapi. Turut serta dalam penyerahan kurniaan ini ialah Ketua Kampung Pulau Aur.

© DYAM Pemangku Sultan Johor. Hakcipta Terpelihara.