Pengarang: admin
Yang Berbahagia Tuan Haji Zainor Bin Haji Adani, Pegawai Daerah Kulai telah menyerahkan penyampaian kurniaan Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Johor (TMJ) Fasa Dua dan Tiga Bulan September 2021 kepada beberapa keluarga di empat buah Mukim iaitu Mukim Senai, Mukim Kulai, Mukim Bukit Batu dan Mukim Sedenak, petang tadi.
Turut serta dalam penyerahan kurniaan ini ialah En Abdul Rahman Bin Abdullah, Pengerusi Jawatankuasa Penyelaras Khas DUN Senai; Ketua Penolong Pegawai Daerah Kulai, Amin Baitulmal Daerah Kulai, Pegawai JKM Kulai, Penghulu-Penghulu Mukim dan Ketua-Ketua Kampung yang...
ZIARAH KASIH PENYAMPAIAN KURNIAAN DYAM TUNKU MAHKOTA JOHOR FASA 2 BULAN SEPTEMBER 2021 DI MUKIM PLENTONG DAN MUKIM SUNGAI TIRAM DAERAH JOHOR BAHRU.
Yang Berhormat Dato’ Haji Abdul Rahman Bin Salleh, Pegawai Daerah Johor Bahru telah menyempurnakan penyerahan kurniaan DYAM Tunku Mahkota Johor Fasa 2 Bulan September bertempat di Mukim Plentong dan Mukim Sungai Tiram daerah Johor Bahru. Turut mengiringi Penghulu Tinggi, Penghulu Mukim dan juga Ketua Kampung.
Kurniaan DYAM Tunku Mahkota Johor adalah untuk membantu meringankan beban dan kesulitan hidup yang dihadapi oleh keluarga-keluarga yang serba memerlukan.
Kurniaan DYAM Tunku Mahkota Johor merupakan inisiatif baginda untuk membantu golongan asnaf, fakir miskin, ibu...
PENYAMPAIAN KURNIAAN DYAM TUNKU MAHKOTA JOHOR DI DAERAH MERSING
Tuan Pegawai Daerah Mersing, Tuan Haji Mohd Radzi Bin Haji Mohd Amin telah menyempurnakan kurniaan DYAM Tunku Mahkota Johor kepada sepuluh (10) penerima di Mukim Tenggaroh dan Jemaluang Bagi Bulan September (Fasa 2 dan 3) Tahun 2021.
Turut serta dalam penyerahan sumbangan ini ialah Encik Mohammad Alif Bin Abdul Fa’tas, Penolong Pegawai Daerah Mersing, Pejabat Kadi Daerah Mersing, Majlis Agama Islam Johor (MAIJ) Daerah Mersing, Jabatan Kebajikan Masyarakat Daerah Mersing, YPK Daerah Mersing, dan Penghulu-Penghulu Mukim.
Kurniaan DYAM Tunku Mahkota Johor merupakan inisiatif...
JEJAK KASIH DAN PENYAMPAIAN KURNIAAN DYAM TUNKU MAHKOTA JOHOR FASA 3 BULAN SEPTEMBER 2021 DI MUKIM PENGERANG DAERAH KOTA TINGGI
YBhg. Puan Hajah Hazlina Binti Jalil, Pegawai Daerah Kota Tinggi telah menyempurnakan kurniaan DYAM Tunku Mahkota Johor Fasa 3 bagi bulan September 2021 bertempat di Mukim Pengerang, Daerah Kota Tinggi. Turut hadir, Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAIJ) dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) daerah Kota Tinggi.
Inisiatif DYAM Tunku Mahkota Johor mengurniakan bantuan untuk meringankan beban yang ditanggung oleh keluarga-keluarga yang serba memerlukan mencerminkan keperibadian baginda sebagai raja berjiwa rakyat yang amat prihatin dan mengambil berat soal kebajikan dan...
PROGRAM ZIARAH PRIHATIN SEMPENA PENYERAHAN KURNIAAN DYAM TUNKU MAHKOTA JOHOR BAGI BULAN SEPTEMBER FASA 2 TAHUN 2021 DAERAH BATU PAHAT
YBhg. Tuan Haji Ismail bin Abu, Pegawai Daerah Batu Pahat telah menyempurnakan Program Ziarah Prihatin Sempena Penyerahan Kurniaan DYAM Tunku Mahkota Johor bagi Bulan September Fasa 2 Tahun 2021. Penyerahan Kurniaan telah diteruskan lagi dengan melibatkan beberapa buah keluarga termasuk di Mukim Peserai dan Mukim Simpang Kanan.
Turut hadir, Pegawai Kebajikan Masyarakat Daerah Batu Pahat; Amin Baitulmal MAINJ Daerah Batu Pahat; Ketua Penolong Pegawai Daerah; Penolong Pegawai Daerah; Penghulu Mukim Simpang Kanan; Penghulu Mukim Peserai; Pegawai Perhubungan Masyarakat India; Pegawai...
PENYERAHAN KURNIAAN DYAM TUNKU MAHKOTA JOHOR BAGI DAERAH KLUANG
YBhg. Pegawai Daerah Kluang, Tuan Haji Jamaludin bin Haji A.Hamid telah menyempurnakan kurniaan DYAM Tunku Mahkota Johor kepada beberapa keluarga di mukim Kluang, Machap dan Renggam, Daerah Kluang.
Turut serta dalam penyerahan sumbangan ini ialah Cik Nurul Nadiah binti Mohd Shah (Penolong Pegawai Daerah), Penghulu Kanan, Penghulu Mukim Kluang, Machap, Renggam dan ketua kampung.
Kurniaan DYAM Tunku Mahkota Johor merupakan inisiatif baginda yang menitikberatkan kebajikan dan kesejahteraan rakyat serta bagi meringankan beban kepada golongan sasaran iaitu mereka yang dhaif, golongan...