Skip to main content

PENYERAHAN KURNIAAN DULI YANG AMAT MULIA TUNKU MAHKOTA ISMAIL, PEMANGKU SULTAN JOHOR UNTUK KELUARGA TERMISKIN DI DAERAH KLUANG

YBhg. Puan Hajah Azurawati binti Wahid, Pegawai Daerah Kluang telah sempurna melaksanakan kurniaan pada hari ini kepada beberapa buah keluarga di sekitar Mukim Kluang. Turut sama mengiringi penyerahan kurniaan ialah Puan Nuradibah Binti Arop, Penolong Pegawai Daerah (Unit Pembangunan Masyarakat) dan Tuan Haji Norazmi bin Haji Md. Anuar, Penghulu Kanan Daerah Kluang.

Continue reading

150 KELUARGA KURANG BERKEMAMPUAN TERIMA SUMBANGAN BAKUL MAKANAN

Seramai 150 buah keluarga daripada golongan asnaf dan kurang berkemampuan B40 menerima sumbangan bakul makanan daripada Yayasan Sultan Ibrahim Johor (YSIJ) semalam (22 Februari). Sumbangan disampaikan oleh Mohd Anizam Jamian, Ketua Pegawai Eksekutif YSIJ kepada Mohd Masni Wakiman, Pegawai Daerah Johor Bahru. Hadir sama, Mohd Shahrin Rahmat, Ketua Pegawai Strategik Kumpulan Prasarana Rakyat Johor (KPRJ). Majlis berlangsung di Ruang Legar Eco Galleria, Eco Botanic Gelang Patah sempena Program Derma Darah anjuran Yayasan KPRJ.

Continue reading

PENYAMPAIAN KURNIAAN DYAM PEMANGKU SULTAN JOHOR BAGI MUKIM JELUTONG

Sesi penyampaian sumbangan kurniaan DYAM Pemangku Sultan Johor kepada beberapa penerima di Mukim Jelutong telah selamat dilaksanakan dan disempurnakan oleh Tuan Mohd Masni Bin Wakiman, Pegawai Daerah Johor Bahru bersama Encik Mohd Hasif Bin Azman, Penolong Pegawai Daerah di rumah penerima berkenaan. Golongan penerima terdiri daripada mereka yang kurang berkemampuan, individu yang menghidap penyakit kronik, dan ahli keluarga yang memiliki anggota keluarga Orang Kurang Upaya (OKU). Kurniaan ini diberikan sebagai tanda keprihatinan serta untuk membantu meringankan beban yang dihadapi oleh golongan-golongan...

Continue reading

PENYERAHAN KURNIAAN DULI YANG AMAT MULIA TUNKU MAHKOTA ISMAIL, PEMANGKU SULTAN JOHOR UNTUK KELUARGA KURANG BERKEMAMPUAN DI DAERAH SEGAMAT

Penyampaian Kurniaan Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor kali ini telah disempurnakan oleh Ybhg Tuan Haji Mohd Ezzuddin bin Sanusi, Pegawai Daerah Segamat dan telah diserahkan kepada beberapa buah keluarga kurang berkemampuan dari Mukim Sungai Segamat. Turut serta bersama dalam penyerahan kurniaan ini ialah Pegawai JKM Daerah Segamat, Penghulu Mukim, Ketua Kampung dan Kakitangan Pejabat Daerah Segamat.

Continue reading

PENYAMPAIAN KURNIAAN DYAM PEMANGKU SULTAN JOHOR BAGI DAERAH JOHOR BAHRU

Penyampaian kurniaan DYAM Pemangku Sultan Johor telah disempurnakan dengan penuh penghormatan kepada beberapa penerima di Mukim Plentong dalam daerah Johor Bahru. Sesi penyerahan kurniaan ini telah dilaksanakan oleh En Muhammad Najhan bin Abdul Rahim, wakil rasmi Pegawai Daerah Johor Bahru. Sesi ini juga melibatkan Penghulu Mukim Plentong dan Ketua-ketua Kampung setempat. Golongan penerima terdiri daripada mereka yang kurang berkemampuan, individu yang menghidap penyakit kronik, dan ahli keluarga yang memiliki anggota keluarga Orang Kurang Upaya (OKU). Kurniaan ini diberikan sebagai tanda...

Continue reading

PROGRAM LAWATAN ZIARAH KASIH DAN PENYAMPAIAN KURNIAAN DYAM TUNKU MAHKOTA ISMAIL, PEMANGKU SULTAN JOHOR BAGI DAERAH PONTIAN

Ybhg. Tuan Haji Kamalludin Bin Haji Jamal, Pegawai Daerah Pontian, Encik Akmal Hamizi Bin Manshor, Penolong Pegawai Daerah Pontian, berkesempatan menyampaikan sumbangan Kurniaan DYAM Tunku Mahkota Ismail kepada beberapa keluarga di Mukim Ayer Baloi Bagi Yang Kurang Bernasib Baik Di Daerah Pontian. Kurniaan DYAM Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor merupakan inisiatif baginda yang menitikberatkan kebajikan dan kesejahteraan rakyat serta bagi meringankan beban kepada golongan sasaran iaitu mereka yang dhaif, golongan asnaf, serta terpaksa menghadapi cabaran hidup yang getir seperti...

Continue reading

© DYAM Pemangku Sultan Johor. Hakcipta Terpelihara.