Pengarang: admin
YBhg. Tuan Haji Mustaffa Kamal bin Dato’ Haji Shamsudin, Pegawai Daerah mengadakan lawatan ke Mukim Lenga dan seterusnya menyantuni beberapa penjaja kecil nelayan darat di Jeti Lenga untuk menyerahkan kurniaan Duli Yang Amat Mulia Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor yang sangat prihatin dan kasih kepada Bangsa Johor yang kurang berkemampuan dan terkesan akibat pandemik COVID-19.
Penjaja kecil dan nelayan darat ini antara yang terkesan akibat pelaksanaan PKP dan semoga dengan kurniaan DYAM TMJ ini memberikan suntikan kepada mereka untuk bangkit dan memulakan perniagaan dan...
PENYAMPAIAN KURNIAAN DYAM TUNKU MAHKOTA JOHOR
Yang Berbahagia Tuan Haji Zainor Bin Haji Adani, Pegawai Daerah Kulai telah menyerahkan penyampaian kurniaan Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Johor (TMJ) Fasa Satu Bulan September 2021 dan kepada beberapa keluarga di Mukim Bukit Batu dan Mukim Sedenak.
Turut serta dalam penyerahan kurniaan ini ialah YBhg Datuk Mohd Jafni Bin Md Shukor, Pengerusi Jawatankuasa Penyelaras Khas DUN Bukit Batu; Ketua Penolong Pegawai Daerah Kulai, Pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Daerah Kulai, Penghulu-Penghulu Mukim dan Ketua-Ketua Kampung yang terlibat.
Kurnian DYAM Tunku Mahkota Johor adalah...
SPECIAL TASK FORCE COVID-19
Saya telah mengadakan perjumpaan hari ini bersama YBhg Profesor Datuk Dr Adeeba Kamarulzaman, Anggota Majlis Sains Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dan Dr. Dhesi Baha Raja. Hasil daripada perjumpaan ini, saya telah menitahkan agar ditubuhkan ‘Special Task Force Covid-19’ di peringkat negeri Johor.
Jawatankuasa khas ini akan terdiri daripada beberapa agensi termasuk Jabatan Kesihatan Negeri Johor (JKNJ), Jawatankuasa Petugas Khas Imunisasi COVID-19 (CITF), kerajaan negeri, pakar-pakar profesional dan akan diketuai sendiri oleh saya bagi memantau dan menambah baik pengurusan pandemik Covid-19...
PENYAMPAIAN KURNIAAN DYAM TUNKU MAHKOTA JOHOR DI DAERAH MERSING
Tuan Pegawai Daerah Mersing, Tuan Haji Mohd Radzi Bin Haji Mohd Amin telah menyempurnakan kurniaan DYAM Tunku Mahkota Johor kepada tiga belas (13) penerima di Daerah Mersing Bagi Bulan Ogos (Fasa 4) Dan September (Fasa 1) Tahun 2021.
Turut serta dalam penyerahan sumbangan ini ialah Encik Mohammad Alif Bin Abdul Fa’tas, Penolong Pegawai Daerah Mersing, Pejabat Kadi Daerah Mersing, Jabatan Kebajikan Masyarakat Daerah Mersing, YPK Daerah Mersing, dan Penghulu-Penghulu Mukim.
Kurniaan DYAM Tunku Mahkota Johor merupakan inisiatif baginda yang menitikberatkan kebajikan dan kesejahteraan...
PENYERAHAN KURNIAAN DYAM TUNKU MAHKOTA JOHOR BAGI DAERAH KLUANG
YBhg. Pegawai Daerah Kluang, Tuan Haji Jamaludin bin Haji A. Hamid telah menyempurnakan kurniaan DYAM Tunku Mahkota Johor kepada beberapa keluarga di mukim Kluang, Daerah Kluang.
Turut serta dalam penyerahan sumbangan ini ialah Cik Nurul Nadiah binti Mohd Shah (Penolong Pegawai Daerah), Penghulu Kanan dan Penghulu Mukim Kluang.
Kurniaan DYAM Tunku Mahkota Johor merupakan inisiatif baginda yang menitikberatkan kebajikan dan kesejahteraan rakyat serta bagi meringankan beban kepada golongan sasaran iaitu mereka yang dhaif, golongan asnaf, serta terpaksa menghadapi cabaran hidup yang getir...
MENERIMA MENGHADAP DATO’ AZIZULHASNI AWANG
DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor terima mengadap Dato’ Muhammad Azizulhasni Awang, pelumba basikal trek profesional dan pemenang pingat perak Olimpik pada hari ini, 7 September 2021 di Ibu Pejabat Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim bagi mengurniakan ganjaran atas pencapaian beliau di Sukan Olimpik 2020 baru-baru ini. Allah Peliharakan Sultan.