Skip to main content

Pengarang: admin

JOHOR AKAN BERALIH KE FASA 2 PELAN PEMULIHAN NEGARA TIDAK LAMA LAGI

Johor akan beralih ke Fasa 2 Pelan Pemulihan Negara (PPN) tidak lama lagi. Selepas perbincangan saya dengan Jabatan Kesihatan Negeri Johor (JKNJ), Special Task Force Covid-19 Johor dan juga Menteri Kesihatan, saya yakin perkara ini akan diumumkan tidak lama lagi. DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor

Continue reading

PERJUMPAAN PERTAMA SPECIAL TASK FORCE COVID-19

Perjumpaan pertama telah diadakan hari ini untuk Special Task Force Covid-19 di peringkat negeri Johor. Turut hadir bersama YAB Dato’ Haji Hasni bin Mohammad, Menteri Besar Johor, YB Dato’ Haji Azmi bin Rohani, Setiausaha Kerajaan Johor, YB Dato’ Haji Mohd Noh Bin Ibrahim, Timbalan Setiausaha Kerajaan Johor (Pengurusan), YB Tuan Vidyananthan A/L Ramanadhan, EXCO Kesihatan dan Alam Sekitar, YB Dato’ Dr. Aman bin Rabu, Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Johor dan pakar-pakar kesihatan dan pengurusan pandemik. Special Task Force Covid-19 berperanan untuk memantau dan memperbaiki proses yang...

Continue reading

PENYERAHAN KURNIAAN DYAM TUNKU MAHKOTA JOHOR FASA 3 BULAN SEPTEMBER

YBhg Tuan Haji Mustaffa Kamal bin Dato’ Haji Shamsudin, Pegawai Daerah mengadakan lawatan ke Mukim Bandar, Bakri dan Mukim Ayer Hitam menyantuni beberapa keluarga untuk menyerahkan kurniaan Duli Yang Amat Mulia Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor yang sangat prihatin dan kasih kepada Bangsa Johor yang kurang berkemampuan dan terkesan akibat pandemik COVID-19. Kurniaan DYAM Tunku Mahkota Johor ini adalah perkenan inisiatif berterusan baginda Tunku Mahkota Johor untuk memastikan kesejahteraan dan kebajikan Bangsa Johor khusus di Muar ini sentiasa menjadi keutamaan. Bantuan...

Continue reading

PENYERAHAN KURNIAAN DYAM TUNKU MAHKOTA JOHOR BAGI DAERAH SEGAMAT

YBhg. Tuan Haji Nasri Bin Md. Ali , Pegawai Daerah Segamat telah menyempurnakan kurniaan DYAM Tunku Mahkota Johor Fasa 2 bulan September kepada beberapa penerima yang telah dikenalpasti di Mukim Buloh Kasap. Kurniaan DYAM Tunku Mahkota Johor merupakan inisiatif baginda yang menitikberatkan kebajikan dan kesejahteraan rakyat serta bagi meringankan beban kepada golongan sasaran iaitu mereka yang dhaif, golongan asnaf, serta terpaksa menghadapi cabaran hidup yang getir terutamanya mereka yang terkesan pada masa pandemik Covid19. Sesungguhnya kurniaan ini mencerminkan rasa keprihatinan dan...

Continue reading

JEJAK KASIH DAN PENYAMPAIAN KURNIAAN DYAM TUNKU MAHKOTA JOHOR FASA 2 BULAN SEPTEMBER 2021 DI MUKIM PANTAI TIMUR DAERAH KOTA TINGGI

YBhg. Puan Hajah Hazlina Binti Jalil, Pegawai Daerah Kota Tinggi telah menyempurnakan kurniaan DYAM Tunku Mahkota Johor Fasa 2  bagi bulan September 2021 bertempat di Mukim Pantai Timur, Daerah Kota Tinggi. Turut hadir, Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAIJ) dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) daerah Kota Tinggi. Inisiatif DYAM Tunku Mahkota Johor mengurniakan bantuan untuk meringankan beban yang ditanggung oleh keluarga-keluarga yang serba memerlukan mencerminkan keperibadian baginda sebagai raja berjiwa rakyat yang amat prihatin dan mengambil berat soal kebajikan dan kesejahteraan...

Continue reading

© DYAM Pemangku Sultan Johor. Hakcipta Terpelihara.