Pengarang: admin
Pegawai Daerah menyerahkan Kurniaan RM3,000 oleh DYAM Tunku Mahkota Johor kepada Masjid Nur Iman Parit Bugis. Kurniaan ini diharap dapat digunakan oleh masjid untuk keperluan dan aktiviti yang mampu memartabatkan institusi masjid.
Menjunjung setinggi-tinggi kasih DYAM Tunku atas kurniaan tersebut.
PROGRAM PENYERAHAN KURNIAAN DYAM TUNKU MAHKOTA JOHOR BAGI BULAN MAC FASA 1 TAHUN 2021 MUKIM TANJUNG SEMBRONG, DAERAH BATU PAHAT
Program lawatan ziarah kasih seumpama ini merupakan salah satu gerak usaha dalam membantu golongan sasaran iaitu mereka yang menghadapi kepayahan hidup, golongan kurang berkemampuan, dan kurang bernasib baik lebih-lebih lagi ketika menghadapi pandemik Covid-19.
Ia akan diteruskan sepanjang tahun bagi membantu pihak yang memerlukan dari semasa ke semasa.
Menjunjung Setinggi-Tinggi Kasih DYAM Tunku Mahkota Johor serta terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang turut sama menjayakan program ini.
PROGRAM PENYERAHAN KURNIAAN DYAM TUNKU MAHKOTA JOHOR KEPADA MASJID/SURAU BAGI BULAN MAC FASA 1 TAHUN 2021 DAERAH BATU PAHAT
Pada hari ini, YBhg. Tuan Haji Ismail bin Abu, Pegawai Daerah Batu Pahat telah hadir menyempurnakan Program Penyerahan Kurniaan DYAM Tunku Mahkota Johor Kepada Masjid/Surau bagi Bulan Mac Fasa 1 Tahun 2021 bertempat di Masjid Kampung Seri Sepakat, Mukim Chaah Bahru.
Tuan Pegawai Daerah telah menyampaikan kurniaan sumbangan tersebut kepada Tuan Haji Abu Nawar bin Saimon , Pengerusi Masjid Kampung Seri Sepakat dan beliau turut berkesempatan beramah mesra bersama Ahli Jawatankuasa Masjid.
Pendekatan ini juga merupakan kesinambungan gerak usaha yang berorientasikan salah satu titik fokus...
KURNIAAN BANTUAN DULI YANG AMAT MULIA TUNKU MAHKOTA JOHOR (TMJ) BAGI BULAN MAC 2021 UNTUK MUKIM KULAI DAN MUKIM SENAI, DAERAH KULAI
Pegawai Daerah Kulai, Tuan Haji Zainor Bin Haji Adani telah menyerahkan penyampaian sumbangan Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Johor (TMJ) kepada enam keluarga di Mukim Kulai dan Mukim Senai, semalam.
Turut serta dalam penyerahan sumbangan ini ialah Pengerusi Jawatankuasa Penyelaras Khas DUN (JPKD) Senai, En Abdul Rahman Bin Abdullah; Pengerusi JPKD Bukit Batu, YBhg Datuk Hj Mohd Jafni Bin Md Shukor, Ketua Penolong Pegawai Daerah Kulai, Pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat Daerah Kulai, Amin Baitulmal Daerah Kulai, Penghulu-Penghulu Mukim dan Ketua-Ketua Kampung yang terlibat.
...
KURNIAAN BANTUAN DULI YANG AMAT MULIA TUNKU MAHKOTA JOHOR (TMJ) BAGI FASA 1, BULAN MAC 2021 BAGI DAERAH MERSING
Tuan Pegawai Daerah Mersing, Tuan Haji Mohd Radzi Bin Haji Mohd Amin hari ini menyampaikan Kurniaan Bantuan Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Johor (TMJ) Bagi Fasa 1, Bulan Mac 2021.
Penerima pertama:
Leong Kwang Weng, berumur 70 tahun. Beliau menetap bersama anaknya di No. 6401, Jalan Intan 3, Taman Intan Jaya, 86800 Mersing. Beliau menghidapi penyakit kanser prostat tahap 3 dan tidak bekerja.
Penerima kedua:
Nur Anissha Binti Abdullah, berumur 23 tahun. Beliau adalah OKU terlantar dan bapanya tidak mempunyai pendapatan yang tetap. Beliau tinggal bersama keluarga di No....
PENYAMPAIAN KURNIAAN DYAM TUNKU MAHKOTA JOHOR KEPADA MASJID DAERAH MERSING
Tuan Pegawai Daerah Mersing, Tuan Haji Mohd Radzi Bin Haji Mohd Amin hari ini menyampaikan Kurniaan DYAM Tunku Mahkota Johor Kepada Masjid Tanjung Resang, Mersing.
Kurniaan ini diterima oleh Ustaz Nasir, Imam Masjid Tanjung Resang Mersing, Haji Mohd Zuhdi bin Ramli dan ahli kariah masjid tersebut. Turut hadir bersama bagi penerimaan kurniaan Tunku adalah Tuan Kadi Daerah Mersing, As-Syeikh Tuan Haji Khairudin Bin Salimin dan Penghulu Mukim Penyabong, Tok Azhar Md Ali.
Semoga kurniaan ini dapat membantu pembangunan masjid dan mengimarahkan masjid ini.
MENJUNJUNG KASIH...