Skip to main content

Pengarang: admin

PENYAMPAIAN KURNIAAN DYAM TUNKU MAHKOTA JOHOR BAGI BULAN MAC FASA 1 & 2, DI MUKIM RENGGAM, MACHAP, NIYOR DAN KLUANG, DAERAH KLUANG

Program agihan kurniaan Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Johor bagi bulan Februari Fasa 1 dan Fasa 2 pada 04 Mac 2021 kepada enam(6) penduduk daerah Kluang di mukim Renggam, Machap, Niyor dan Kluang yang disampaikan oleh Pegawai Daerah Kluang, Tuan Haji Jamaludin bin Haji A.Hamid bersama-sama Cik Nurul Nadiah binti Mohd Shah, Penolong Pegawai Daerah, penghulu kanan dan penghulu mukim.

Continue reading

PENYAMPAIAN KURNIAAN DYAM TUNKU MAHKOTA JOHOR BAGI DAERAH MERSING

Pegawai Daerah Mersing, Tuan Haji Mohd Radzi Bin Haji Mohd Amin, telah menyampaikan sumbangan Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Johor (TMJ) kepada enam penerima di Mukim Pulau-pulau, Tenggaroh, Jemaluang, Tenglu, dan Endau, pada petang tadi. Penerima pertama, Norpizah Binti Hussin, 54 tahun, surirumah, menghidapi penyakit kronik diabetes. Tinggal di Kampung Tanjung Balang, Pulau Tinggi. Penerima kedua, Muzlan Bin Kasman, 66 tahun, pesara kakitangan awam, menghidapi Stroke. Penerima ketiga, Mohd Hairul Faqis Bin Salleh, 32 tahun, tidak berkerja, OKU dan menderita Gout Akut. ...

Continue reading

PROGRAM LAWATAN ZIARAH KASIH DAN PENYAMPAIAN KURNIAAN DYAM MEJAR JENERAL TUNKU ISMAIL IBNI SULTAN IBRAHIM, TUNKU MAHKOTA JOHOR BAGI BULAN FEBRUARI FASA 1 & 2 DAERAH PONTIAN

Yang Berbahagia Tuan Haji Mohd Rafi Bin Abdullah, Pegawai Daerah Pontian mengadakan lawatan ziarah kasih kepada 6 buah keluarga yang kurang bernasib baik di sekitar daerah Pontian. Sumbangan Kepada 6 Keluarga Yang Terlibat :- 1) Chan Bak Tiam (Mukim Sungai Pinggan) 2) Encik Ithinin Bin Hussein (Mukim Sungai Pinggan) 3) Yeo See Chang (Mukim Sungai Pinggan) 4) Encik Mohamed Bin Amin (Mukim Ayer Baloi) 5) Puan Suriff Binti Kassan (Mukim Ayer Baloi) 6) Ching Moy Song@Cheng Moy Song (Mukim Ayer Baloi) Turut hadir : Ketua Penolong Pegawai Daerah Pontian,Barisan Pegawai...

Continue reading

PROGRAM ZIARAH KASIH SEMPENA PENYERAHAN KURNIAAN DYAM TUNKU MAHKOTA JOHOR BAGI BULAN FEBRUARI FASA 2 TAHUN 2021 DAERAH BATU PAHAT

Pada hari ini, YBhg. Tuan Haji Ismail bin Abu, Pegawai Daerah Batu Pahat telah hadir menyempurnakan Program Ziarah Kasih Sempena Penyerahan Kurniaan DYAM Tunku Mahkota Johor bagi Bulan Februari Fasa 2 Tahun 2021. Lawatan pada hari ini melibatkan (3) keluarga penerima di Mukim Sri Medan dan Mukim Sri Medan (Parit Sulong). Program lawatan ziarah kasih seumpama ini merupakan salah satu gerak usaha dalam membantu golongan sasaran iaitu mereka yang menghadapi kepayahan hidup, golongan kurang berkemampuan, dan kurang bernasib baik lebih-lebih lagi ketika menghadapi pandemik Covid-19. Ia...

Continue reading

PROGRAM ZIARAH KASIH SEMPENA PENYERAHAN KURNIAAN DYAM TUNKU MAHKOTA JOHOR BAGI BULAN FEBRUARI FASA 1 TAHUN 2021 DAERAH BATU PAHAT

YBhg. Tuan Haji Ismail bin Abu, Pegawai Daerah Batu Pahat telah hadir menyempurnakan Program Ziarah Kasih Sempena Penyerahan Kurniaan DYAM Tunku Mahkota Johor bagi Bulan Februari Fasa 1 Tahun 2021. Lawatan pada hari ini melibatkan (3) keluarga penerima di Mukim Sungai Punggur. Program lawatan ziarah kasih seumpama ini merupakan salah satu gerak usaha dalam membantu golongan sasaran iaitu mereka yang menghadapi kepayahan hidup, golongan kurang berkemampuan, dan kurang bernasib baik lebih-lebih lagi ketika menghadapi pandemik Covid-19. Ia akan diteruskan sepanjang tahun bagi...

Continue reading

SEKITAR PENYAMPAIAN KURNIAAN DYAM TUNKU MAHKOTA JOHOR BAGI BULAN FEBRUARI FASA 2, DI MUKIM LABIS, DAERAH SEGAMAT

SELASA | 23 FEBRUARI 2021 | MUKIM LABIS Sekitar Penyampaian Kurniaan DYAM Tunku Mahkota Johor kepada tiga buah keluarga yang kurang berkemampuan dan bernasib baik bagi Bulan Februari Fasa 2 di Felda Tenang, Kampung Sawah Baru dan Pekan Air Panas. Penyampaian telah disempurnakan oleh YBhg. Tuan Haji Nasri Bin Md Ali, Pegawai Daerah Segamat. Turut serta adalah Jabatan Kebajikan Masyarakat Daerah Segamat dan Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAIJ) Daerah Segamat. Semoga sumbangan ini dapat meringankan beban keluarga penerima. Menjunjung Kasih...

Continue reading

© DYAM Pemangku Sultan Johor. Hakcipta Terpelihara.