Pengarang: admin
Pegawai Daerah Kulai, Tuan Haji Zainor Bin Haji Adani telah menyerahkan penyampaian sumbangan Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Johor (TMJ) kepada enam keluarga di Mukim Kulai, Mukim Senai, Mukim Bukit Batu dan Mukim Sedenak, petang semalam.
Turut serta dalam penyerahan sumbangan ini ialah Pengerusi Jawatankuasa Penyelaras Khas DUN (JPKD) Senai, En Abdul Rahman Bin Abdullah; Pengerusi JPKD Bukit Batu, YBhg Datuk Hj Mohd Jafni Bin Md Shukor, Ketua Penolong Pegawai Daerah Kulai, Pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat Daerah Kulai, wakil Amin Baitulmal Daerah Kulai dan Penghulu-Penghulu...
PENYAMPAIAN KURNIAAN DYAM TUNKU MAHKOTA JOHOR UNTUK KELUARGA TERMISKIN BAGI DAERAH KOTA TINGGI
Penyampaian Kurniaan DYAM Tunku Mahkota Johor Bagi Daerah Kota Tinggi Fasa 2 (Februari) Tahun 2021.
Merafak Sembah Menjunjung Setinggi-Tinggi Kasih Atas Perkenan
Duli Yang Amat Mulia Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim Tunku Mahkota Johor
Mengurniakan Sumbangan :
Kepada Keluarga Termiskin Daerah Kota Tinggi.
YBhg. Puan Hajah Hazlina Binti Jalil, Pegawai Daerah Kota Tinggi telah melawat tiga (3) buah keluarga dan menyempurnakan Penyampaian Kurniaan DYAM Tunku Mahkota Johor Bagi Daerah Kota Tinggi Fasa 2 (Februari) Tahun 2021 Mukim Sedili Besar.
Turut serta dalam...
SEKITAR PENYAMPAIAN KURNIAAN DYAM TUNKU MAHKOTA JOHOR BAGI BULAN FEBRUARI FASA 1, DI MUKIM GEMAS, DAERAH SEGAMAT
AHAD | 21 FEBRUARI 2021 | MUKIM GEMAS
Sekitar Penyampaian Kurniaan DYAM Tunku Mahkota Johor kepada tiga buah keluarga yang kurang berkemampuan dan bernasib baik bagi Bulan Februari Fasa 1 di Kampung Lubuk Lanjut, Kampung Pudu, dan Gemas Baharu.
Penyampaian telah disempurnakan oleh YBhg. Tuan Haji Nasri Bin Md Ali, Pegawai Daerah Segamat. Turut serta adalah Jabatan Kebajikan Masyarakat Daerah Segamat dan Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAIJ) Daerah Segamat.
Semoga sumbangan ini dapat meringankan beban keluarga penerima.
Menjunjung Kasih Tunku.
PENYERAHAN KURNIAAN DULI YANG AMAT MULIA TUNKU MAHKOTA JOHOR BAGI MUKIM KUNDANG DAN MUKIM KESANG, DAERAH TANGKAK UNTUK BULAN FEBRUARI
Tuan Haji Shafiei Bin Ahamad selaku Pegawai Daerah Tangkak bersama Penolong Pegawai Daerah Tangkak serta Penghulu- Penghulu mukim telah mengadakan kunjungan & penyerahan kurniaan DYAM TMJ kepada 6 keluarga yang terpilih di Mukim Kundang & Mukim Kesang.
Setiap keluarga menerima tunai sebanyak RM 1,000.00 daripada DYAM TMJ serta bakul makanan gobok rezeki Pejabat Daerah Tangkak. Semoga pemberian ini serba sedikit dapat meringankan beban mereka.
KUNJUNG HORMAT PEGAWAI DAERAH KE MASJID NUR IMAN PARIT BUGIS DAN ZIARAH KASIH PENYERAHAN KURNIAAN DYAM TUNKU MAHKOTA JOHOR
Kunjung hormat YBhg Tuan Haji Mustaffa Kamal bin Dato’ Haji Shamsudin, Pegawai Daerah Muar ke Masjid Nur Iman Parit Bugis, Mukim Sungai Balang. Turut hadir Assheikh Tuan Haji Mohamad Khalil bin Md Nor, Kadi Daerah Muar dan Penghulu Mukim.
Pegawai Daerah menggesa agar Pengerusi dan Jawatankuasa Masjid perlu memainkan peranan dalam memperkasa permuafakatan komuniti dengan pendekatan dakwah Bil Hal dan ambil peduli rakyat melalui program ziarah rumah ke rumah. Sesuai dengan kapasiti institusi masjid untuk memperkukuhkan amalan agama sebagai benteng terhadap fahaman yang terpesong dan tidak...
RAKYAT SAYA ADALAH SEGALANYA
DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor. Seorang Putera Raja yang amat bertanggungjawab ke atas susah senang rakyatnya. Satu sifat azali yang semakin mekar subur dalam jiwa baginda. Terlalu banyak yang dilakukan. Terlalu banyak disumbangkan. Di sini kami lampirkan sumbangan baginda dalam tempoh 2019-2020.
SUMBANGAN TANPA MENGIRA STATUS
3 Mac 2019- DYAM Tunku Mahkota Johor berkenan menyampaikan sumbangan kurnia kepada keluarga anggota bomba Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Johor Bahru, Larkin.
14 Mac 2019- DYAM Tunku Mahkota Johor...