Skip to main content

Pengarang: contributor

PENYAMPAIAN KURNIAAN DYAM TUNKU MAHKOTA JOHOR KEPADA PENDUDUK DAERAH KULAI

Yang Berbahagia Tuan Haji Zainor Bin Haji Adani, Pegawai Daerah Kulai telah menyerahkan Penyampaian Kurniaan Bulan Julai dari Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor kepada penduduk di Mukim Bukit Batu dan Mukim Sedenak, hari ini. Kurnian DYAM Tunku Mahkota Johor ini adalah untuk membantu meringankan beban dan kesulitan hidup yang dihadapi oleh keluarga-keluarga yang serba memerlukan seperti pesakit kronik, keluarga B40, anak-anak yatim, OKU, asnaf dan mereka yang difikirkan layak.

Continue reading

PENYERAHAN KURNIAAN DULI YANG AMAT MULIA TUNKU MAHKOTA ISMAIL, PEMANGKU RAJA BAGI DAERAH TANGKAK

Penyerahan kurniaan DYAM Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Raja dan sesi kunjungan ke kediaman beberapa keluarga yang kurang bernasib baik di Mukim Tangkak, Serom dan Grisek yang telah disempurnakan oleh Encik Azman Bin Haji Mohamed Shah selaku Pegawai Daerah Tangkak. Inisiatif DYAM Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Raja ini menyasarkan penerima daripada kalangan keluarga yang daif, asnaf atau individu yang betul-betul memerlukan tanpa keterbatasan. Bagi fasa ini, penerima adalah daripada golongan warga emas, ahli isi rumah OKU, pesakit kronik serta keluarga yang kurang berkemampuan. Turut...

Continue reading

© DYAM Pemangku Sultan Johor. Hakcipta Terpelihara.