Skip to main content

BEKALAN VAKSIN DI JOHOR

admin
Julai 10, 2021

Saya ingin berkongsi dengan Bangsa Johor bahawa 1.293 juta dos vaksin akan tiba pada Julai 2021 melalui Program Imunisasi Covid-19 Nasional (PICK). 1.293 juta dos ini terdiri daripada 583 ribu vaksin Pfizer, 637 ribu vaksin Sinovac dan 73 ribu vaksin AstraZeneca.

Dos vaksin ini akan tiba :

Minggu pertama Julai – 51,100 dos

Minggu 5 Julai – 178,540 dos

Minggu 12 Julai – 278,132 dos

Minggu 19 Julai – 394,620 dos

Minggu 26 Julai – 390,900 dos

Saya akan turut serta untuk penerimaan vaksin dan memastikan ianya diberikan kepada semua Bangsa Johor dengan efisien dan tepat pada masanya. Saya juga telah diberi penerangan oleh pihak berwajib mengenai jumlah pendaftaran dan cara pengedaran vaksin. Saya yakin ramai Bangsa Johor akan diberi vaksin dalam beberapa minggu ini menjelang kita ke arah mencapai tahap imunisasi kelompok.

Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, YB Khairy Jamaluddin dan pihak berkuasa berkaitan yang telah menjayakan usaha ini. Bersama kita akan dapat mengatasi wabak ini.  Saya juga ingin mengingatkan seluruh Bangsa Johor untuk mendaftar vaksin dan mendapatkan vaksinasi.

DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor

© DYAM Pemangku Sultan Johor. Hakcipta Terpelihara.