Skip to main content

RAKYAT SAYA ADALAH SEGALANYA

DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor. Seorang Putera Raja yang amat bertanggungjawab ke atas susah senang rakyatnya. Satu sifat azali yang semakin mekar subur dalam jiwa baginda. Terlalu banyak yang dilakukan. Terlalu banyak disumbangkan. Di sini kami lampirkan sumbangan baginda dalam tempoh 2019-2020. SUMBANGAN TANPA MENGIRA STATUS 3 Mac 2019- DYAM Tunku Mahkota Johor berkenan menyampaikan sumbangan kurnia kepada keluarga anggota bomba Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Johor Bahru, Larkin. 14 Mac 2019- DYAM Tunku Mahkota Johor berkenan...

Continue reading

TMJ RASMI TUNKU MAHKOTA ISMAIL YOUTH CENTRE

JOHOR BAHRU – Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim merasmikan Tunku Mahkota Ismail Youth Centre (TMIYC) Johor Bahru dan melancarkan pertubuhan badan bukan kerajaan (NGO), Southern Volunteers Johor Bahru di Hutan Bandar, di sini hari ini. Sejurus perasmian Tunku Ismail diiringi isteri, Che’ Puan Khaleeda Bustamam dibawa melihat tayangan video dan beberapa komponen atau kemudahan di TMIYC antaranya Youth Centre, Rock Yard dan Skatepro. Putera sulung Sultan Johor itu juga berjumpa dengan ikon-ikon belia sukan Johor dan menasihati mereka supaya terus mengharumkan nama...

Continue reading

TMJ NASIHAT BUKA KEMUDAHAN, FASILITI KEPADA RAKYAT

JOHOR BAHRU: Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim menasihatkan agar kemudahan dan fasiliti sukan di negeri ini diselenggara dengan baik dan dibuka kepada rakyat. Baginda juga menitahkan supaya lebih banyak pertandingan dianjurkan dengan menggunakan kemudahan dan fasiliti yang ada pada tahap maksima selepas wabak Covid-19 berlalu.  “Bagi saya, kerajaan negeri telah giat berusaha membangunkan sukan di Johor dan kemudahan serta fasiliti yang saya lawati hari ini adalah permulaan bagi mencapai kecemerlangan dalam pelbagai bidang sukan di negeri ini,” titah Tunku Ismail dalam...

Continue reading

KESIHATAN, KESELAMATAN, KEUTAMAAN MASA DEPAN, KATA TMJ

KUALA LUMPUR, 15 Nov – Keputusan kerajaan untuk tidak membenarkan Johor Darul Ta’zim (JDT) ke luar negara bagi menyertai saingan Liga Juara-Juara Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) 2020 Zon Timur di Doha, Qatar adalah demi kepentingan dan kebajikan seluruh rakyat Malaysia, kata pemilik JDT Tunku Mahkota Johor (TMJ) Tunku Ismail Sultan Ibrahim. Katanya, walaupun sukar untuk menerima keputusan itu, termasuk pembatalan Piala Malaysia 2020, yang merupakan kejohanan bola sepak tertua di Asia Tenggara, jumlah kes Covid-19 yang semakin meningkat bermakna situasi ini akan menjejaskan...

Continue reading

© DYAM Pemangku Sultan Johor. Hakcipta Terpelihara.