Saya telah selesai melawat Pusat Penempatan Sementara (PPS) Dewan Raya Sg Tiram, Johor Bahru pada 3 Januari 2022. Barang-barang bantuan telah diagihkan kepada mangsa-mangsa banjir di PPS ini dan keadaan disini terkawal.
Terima kasih saya ucapkan kepada para sukarelawan yang terdiri dari Southern Volunteers, RELA, Jabatan Bomba & Penyelamat Malaysia, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia, Jabatan Kesihatan Negeri Johor, Jabatan Kebajikan Masyarakat dan Polis Diraja Malaysia yang turut membantu.
DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor
MISI BANTUAN BANJIR SOUTHERN VOLUNTEERS: PENGHANTARAN BARANG KEPERLUAN
Sekitar penghantaran barang keperluan dalam Misi Bantuan Banjir Southern Volunteers yang telah digerakkan untuk membantu pejabat-pejabat daerah dan agensi-agensi berkaitan bagi memastikan tiada siapa yang ketinggalan dalam usaha membantu mangsa bencana banjir. Saya akan ke Pusat Penempatan Sementara (PPS) Sungai Tiram selepas ini.
DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor
SEDUTAN VIDEO SEKITAR SESI PENGHANTARAN BARANG KEPERLUAN DALAM MISI BANTUAN BANJIR SOUTHERN VOLUNTEERS
Sedutan video sekitar sesi penghantaran barang-barang keperluan dalam Misi Bantuan Banjir Southern Volunteers yang selari dengan titah DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor supaya Southern Volunteers segera digerakkan untuk membantu pejabat-pejabat daerah dan agensi-agensi yang berkaitan bagi memastikan tiada siapa yang ketinggalan dalam usaha membantu mangsa bencana banjir.
LAPORAN TERKINI SITUASI BANJIR DI JOHOR
Laporan terkini situasi banjir di Johor. Untuk makluman, DYMM Tuanku akan ke PPS Kota Tinggi pada pagi ini. Saya akan ke PPS Mukim Sungai Tiram, Johor Bahru. Saya juga akan pastikan bantuan keperluan yang mencukupi akan disampaikan melalui Johor Military Force (JMF), Southern Volunteers dan agensi-agensi kerajaan kepada mangsa-mangsa banjir.
DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor
MELAWAT STESEN BACAAN AIR SUNGAI OLAK SEPAM, SUNGAI MUAR
Saya baru melawat Stesen Bacaan Air Sungai Olak Sepam, Sungai Muar. Setakat ini air sungai telah melepasi paras amaran, dan agensi-agensi berkaitan sedang bersiap sedia untuk melaksanakan operasi pemindahan penduduk sekiranya paras air melepasi tahap bahaya.
DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor
MENINJAU SITUASI BANJIR DI DAERAH TANGKAK
Pada hari ini saya meneruskan tinjauan situasi banjir di daerah Tangkak. Turut hadir bersama Yang Berhormat Dato’ Haji Azmi Bin Rohani, Setiausaha Kerajaan Johor dan Tuan Haji Azman bin Haji Mohamed Shah, Pegawai Daerah Tangkak. Saya telah melawat Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Sekolah Agama Bandar Tangkak untuk mendapat perkembangan terkini mengenai bencana banjir di Tangkak.
Setakat ini, terdapat 31 mangsa daripada tujuh keluarga yang telah dipindah ke PPS tersebut. Bantuan keperluan asas telah diagihkan kepada mangsa-mangsa banjir oleh Johor Military Force (JMF) dengan bantuan...