Skip to main content

TITAH DYAM PEMANGKU SULTAN JOHOR BERKENAAN PEMAIN WARISAN UNTUK HARIMAU MALAYA

Kami telah mengenalpasti 6-7 pemain warisan untuk pasukan Harimau Malaya. Diharapkan kerajaan Malaysia dapat membantu dalam proses mendapatkan pasport Malaysia agar mereka dapat bermain untuk Harimau Malaya pada kelayakan Piala Asia 2027 mulai bulan Mac ini. Mustahak Harimau Malaya memulakan kempen kelayakan dengan keputusan yang positif. Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor

Continue reading

PERTEMUAN BERSAMA PERDANA MENTERI MERANGKAP MENTERI LUAR QATAR

Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor telah dijemput His Excellency Sheikh Mohammed bin Abdulrahman bin Jassim Al-Thani, Perdana Menteri merangkap Menteri Luar Qatar untuk mengadakan pertemuan pada hari ini, 9 Januari 2025. Hadir sama adalah YAB Dato’ Onn Hafiz bin Ghazi, Menteri Besar Johor dan YB Datuk Seri Utama Ir. Hasni bin Mohammad, Pengerusi Pejabat Ekonomi, Pelancongan dan Kebudayaan Johor (JETCO) di Singapura. Antara perkara yang dibincangkan dalam pertemuan berkenaan termasuklah hubungan kerjasama bagi meningkatkan pembangunan ekonomi dan...

Continue reading

TITAH DULI YANG AMAT MULIA PEMANGKU SULTAN JOHOR TENTANG ‘PARTNERSHIP’ JDT-PSG

‘Partnership’ PSG-JDT ini adalah yang pertama antara Johor dan Qatar. Hari ini Menteri Besar Johor akan terbang ke sini untuk mengadakan beberapa perbincangan lanjutan dengan wakil-wakil kerajaan Qatar dan syarikat-syarikat Qatar yang akan meningkatkan ekonomi dan ‘Investments’ di Negeri Johor dan juga membuka lebih banyak peluang pekerjaan. Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor

Continue reading

PERTEMUAN DENGAN DELEGASI PARIS SAINT-GERMAIN FC

Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor merangkap pemilik Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim mengadakan pertemuan dengan delegasi Paris Saint-Germain FC diketuai oleh Daniel Markham, Ketua Kakitangan kepada Nasser Al-Khelaifi, Presiden PSG di mana satu persetujuan prinsipal dicapai untuk menjalin kerjasama antara juara Ligue 1 Perancis itu dengan JDT. Antara aspek yang dibincangkan termasuk ‘multi-club partnership’ dengan kelab-kelab bola sepak dimiliki oleh Qatar Sports Investments, pembangunan bola sepak peringkat akar umbi, infrastruktur, penjenamaan serta...

Continue reading

DULI YANG AMAT MULIA PEMANGKU SULTAN JOHOR MENYAKSIKAN PERLAWANAN TROPHEE DES CHAMPIONS

Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor dan Yang Amat Mulia Che’ Puan Mahkota Khaleeda Johor telah dijemput oleh Presiden Paris Saint-Germain FC, Nasser Al-Khelaifi untuk menyaksikan perlawanan Trophee des Champions antara juara Ligue 1 tersebut dan AS Monaco di Stadium 974, Doha, Qatar pada 5 Januari. Baginda turut bertemu Presiden FIFA Gianni Infantino dan pemilik bersama AS Monaco Juan Sartori serta ramai lagi individu berpengaruh dalam dunia bola sepak. Allah Peliharakan Sultan.

Continue reading

DULI YANG AMAT MULIA PEMANGKU SULTAN JOHOR MENYAKSI SESI LATIHAN PARIS SAINT-GERMAIN DAN MENGHADIRI PERLAWANAN TROPHEE DES CHAMPIONS

Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor dijemput sebagai tetamu khas Presiden Paris Saint-Germain FC Nasser Al-Khelaifi bagi menyaksikan sesi latihan PSG di Stadium 974 di Doha, Qatar semalam, 4 Januari 2025. DYAM Tunku Mahkota Ismail mewakili Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim bagi perbincangan antara pengurusan tertinggi PSG dan JDT mengenai ‘partnership’ antara kedua-dua kelab tersebut dalam aspek penjenamaan, infrastruktur dan pembangunan akar umbi. Baginda juga bertemu dengan para pemain PSG dan turut dijemput untuk menghadiri...

Continue reading

© DYAM Pemangku Sultan Johor. Hakcipta Terpelihara.