Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor berangkat ke Pra-Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-268 yang berlangsung di Istana Negara pada 4 Februari 2025. Allah Peliharakan Sultan.
TITAH DULI YANG AMAT MULIA PEMANGKU SULTAN JOHOR BERKAITAN JOHOR
Pendidikan, Ekonomi, Infrastruktur Negeri dan Peluang Pekerjaan adalah matlamat dan keutamaan saya sejak saya menjadi Pemangku Sultan Johor.
Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor
SELAMAT TAHUN BAHARU CINA
Saya dan keluarga ingin mengucapkan Selamat Tahun Baharu Cina kepada semua masyarakat Cina dan semoga tahun ini membawa kemakmuran dan kesejahteraan kepada anda semua.
Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor
MAJLIS MENANDATANGANI PERJANJIAN INDUK (HOA) ANTARA KPRJ ENVIRONMENT SDN BHD DAN SEMBCORP UTILITIES PTE LTD
Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor berangkat ke Majlis Menandatangani Perjanjian Induk (HOA) antara KPRJ Environment Sdn Bhd dan Sembcorp Utilities Pte Ltd di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada Johor pada hari ini, 27 Januari 2025.
Turut mengiringi Baginda adalah YAB Dato’ Onn Hafiz Bin Ghazi, Menteri Besar Johor, YB Datin Paduka Madam Ho Ching, Pengerusi Temasek Trust, YB Tan Sri Dato’ Dr. Haji Azmi Rohani, Setiausaha Kerajaan Johor dan YB Tuan Ng Kuan Khai, Konsul Jeneral, Konsulat Jeneral Singapura di Johor.
Turut hadir dalam majlis tersebut...
ISRAK DAN MIKRAJ 1446H
Selamat menghayati Israk dan Mikraj tahun 1446H — satu peristiwa yang membuktikan kekuasaan ALLAH SWT.
Sama-sama kita berdoa agar diberikan kesejahteraan dan keselamatan yang berpanjangan.
Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor