Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor terima mengadap YAB Dato’ Onn Hafiz Ghazi, Menteri Besar Johor pada hari ini, 7 April 2026.
Dalam pertemuan ini, pelbagai isu-isu terkini telah disampaikan dan dibincangkan. Hadir sama adalah Khairy Jamaluddin, Penasihat Belia Johor. Allah Peliharakan Sultan.
TERIMA MENGADAP MENTERI BESAR JOHOR
Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor terima mengadap YAB Dato’ Onn Hafiz Ghazi, Menteri Besar Johor pada hari ini, 31 Mac 2026.
Baginda telah bertitah kepada Kerajaan Negeri Johor untuk menjaga kebajikan dan kesejahteraan rakyat disebabkan konflik geopolitik Timur Tengah yang menjejaskan ekonomi seluruh dunia. Perbincangan tertumpu kepada langkah serta pendekatan bersasar untuk mengurangkan beban yang dirasai rakyat.
Hadir sama adalah YB Dato’ Haji Mohammed Ridha Dato’ Haji Abd Kadir, Setiausaha Kerajaan Johor, YB Dato’ Haji Mohd. Noorazam Dato’ Haji...
RANGKUMAN AKTIVITI DAN PROGRAM DULI YANG AMAT MULIA PEMANGKU SULTAN JOHOR
Rangkuman aktiviti dan program Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor. Allah Peliharakan Sultan.
KELAB BOLASEPAK JOHOR DARUL TA’ZIM MENDAPAT PERHATIAN ANTARABANGSA
Bangga melihat JDT @johorsoutherntigers mendapat perhatian antarabangsa. 📈
MAJLIS RUMAH TERBUKA HARI RAYA AIDILFITRI ISTANA DIRAJA JOHOR BERSAMA RAKYAT
Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor, Yang Amat Mulia Che’ Puan Mahkota Khaleeda Johor, Duli Yang Amat Mulia Tunku Iskandar Ibni Tunku Ismail, Raja Muda Johor serta paduka anakanda berangkat ke Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri Istana DiRaja Johor bersama rakyat pada hari ini, 22 Mac 2026 bersamaan 2 Syawal 1447H. Allah Peliharakan Sultan.