DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor terima mengadap delegasi Pegawai-pegawai Kerajaan Singapura bersempena ‘Singapore 14th Leaders In Administration Programme (LAP)’ di Stadium Sultan Ibrahim pada hari ini, 24 Oktober 2023.
Delegasi tersebut turut melawat sekitar Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri. Allah Peliharakan Sultan.
TITAH DYAM TUNKU MAHKOTA JOHOR UNTUK UMAT ISLAM
Johor-Jumaat. Ingatlah bahawa semua benda yang berlaku adalah takdir. Semua benda yang berlaku sudah tertulis dan masa “itu” akan datang. ALLAH yang Maha mengurus, ALLAH yang Maha mentadbir, dan ALLAH yang Maha mengatur. Pada hari yang Mulia ini mari kita berdoa buat semua umat Islam sama ada yang masih hidup ataupun yang telah meninggal dunia.
MAJLIS SAMBUTAN HARI KEPUTERAAN DYAM TUNKU ISKANDAR IBNI TUNKU ISMAIL, RAJA MUDA JOHOR
Majlis Sambutan Hari Keputeraan DYAM Tunku Iskandar Ibni Tunku Ismail, Raja Muda Johor. Allah Peliharakan Sultan.
DOA DYAM TUNKU MAHKOTA JOHOR UNTUK UMAT ISLAM
Ingatlah bahawa dunia ini hanya tempat sementara, dan akhirat adalah tempat selama lamanya. Semoga ALLAH sentiasa kurniakan perlindungan, kesejahteraan, berkat, taufiq, serta hidayah kepada seluruh umat Islam sama ada yang masih hidup atau yang telah meninggal dunia. Amin
TITAH DYAM TUNKU MAHKOTA JOHOR TENTANG KEADAAN PADANG STADIUM NASIONAL, BANDARAYA SUKAN KUALA LUMPUR
Padang itu sepatutnya diberikan lebih masa untuk akar dia kuat. Seperti padang Stadium Sultan Ibrahim. Tetapi national team nak pakai secepat mungkin. Itu atas keputusan FAM dan pihak stadium. Kalau saya, saya beri lebih masa. Sekurang kurangnya lagi 2 atau 3 bulan. Kontraktor ini kontraktor yang sama buat padang JDT.
Semalam semasa majlis penyerahan padang saya cakap kepada semua yang padang ni perlu lebih masa kerana akar dia belum kuat. Saya juga sampaikan kepada semua yang berada di situ yang padang tersebut akan terkopak esok semasa perlawanan.
This is the proven product. Dah...