Skip to main content

BERANGKAT MENUNAIKAN SOLAT JUMAAT DAN MAJLIS PENYERAHAN KUNCI RUMAH YAYASAN SULTAN IBRAHIM JOHOR (YSIJ)

DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor berangkat menunaikan solat Jumaat di Masjid Jamek Al-Firdaus, Kulai pada hari ini, 10 November 2023. Baginda seterusnya berangkat ke Majlis Penyerahan Kunci Rumah Yayasan Sultan Ibrahim Johor (YSIJ) yang berlangsung di Kampung Ayer Manis, Kulai. Allah Peliharakan Sultan.

Continue reading

TERIMA MENGADAP YANG DIPERTUA JUMAAH MAJLIS DIRAJA JOHOR DAN MANTAN TIMBALAN SETIAUSAHA KERAJAAN JOHOR (PENGURUSAN)

DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor terima mengadap YB Dato’ Dr. Abdul Rahim Ramli, Yang Dipertua Jumaah Majlis Diraja Johor dan YB Dato’ Haji Mohd Noh Bin Ibrahim, mantan Timbalan Setiausaha Kerajaan Johor (Pengurusan) pada hari ini, 8 November 2023. Allah Peliharakan Sultan.

Continue reading

DYAM TUNKU MAHKOTA JOHOR TITAHKAN HASIL JUALAN TIKET JDT DI STADIUM SULTAN IBRAHIM DISUMBANGKAN UNTUK TABUNG PALESTIN

DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor telah menitahkan agar kesemua kutipan tiket perlawanan Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) di laman sendiri sehingga penghujung musim disalurkan ke tabung kemanusiaan Palestin. Kelab ini amat berdukacita dengan kehilangan nyawa mereka yang tidak berdosa dalam peperangan yang sedang berlaku di Timur Tengah. Alistair Edwards, Ketua Pegawai Eksekutif Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim

Continue reading

MENYAMBUT KEBERANGKATAN PULANG DYMM SULTAN IBRAHIM IBNI ALMARHUM SULTAN ISKANDAR, SULTAN JOHOR DARI MESYUARAT KHAS MAJLIS RAJA-RAJA KE-263

DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor menyambut keberangkatan pulang DYMM Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar, Sultan Johor dari Mesyuarat Khas Majlis Raja-Raja Ke-263 pada hari ini, 29 Oktober 2023 di Lapangan Terbang Antarabangsa Senai. Allah Peliharakan Sultan.

Continue reading

© DYAM Pemangku Sultan Johor. Hakcipta Terpelihara.