Saya akan melawat beberapa Pusat Pemindahan Sementara (PPS) yang telah dibuka disebabkan banjir. Saya juga telah mengerahkan anggota JMF dan Southern Volunteers untuk membantu. Saya berterima kasih kepada semua agensi yang telah membantu rakyat Johor di lokasi-lokasi dilanda banjir.
DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor
TERIMA MENGADAP PRESIDEN MAJLIS BELIA JOHOR (MBNJ) DAN AHLI-AHLI JAWATANKUASA MBNJ
DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismal Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor terima mengadap En Md Salleheen Mohamad, Presiden Majlis Belia Negeri Johor (MBNJ) serta ahli-ahli jawatankuasa MBNJ pada hari ini, 1 Mac 2023. Allah Peliharakan Sultan.
SALAM ISRAK MIKRAJ
Selamat menghayati Israk dan Mikraj tahun 1444H – satu peristiwa yang membuktikan kekuasaan ALLAH SWT. Sama-sama kita berdoa agar diberikan kesejahteraan dan keselamatan yang berpanjangan.
DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor
PELANTIKAN KHAIRY JAMALUDDIN SEBAGAI PENASIHAT BELIA JOHOR DAN SEBAHAGIAN LEMBAGA PENGARAH KELAB BOLASEPAK JOHOR DARUL TA’ZIM
Saya telah bertemu dengan Khairy Jamaluddin dan bersetuju untuk melantik beliau sebagai Penasihat Belia Johor dan sebahagian Lembaga Pengarah Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim.
Pengalaman luas beliau dalam pelbagai bidang di negara ini akan memberikan nilai tambah kepada pembangunan belia serta kemajuan bola sepak Johor.
DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor
TERIMA MENGADAP PRESIDEN PERSATUAN BOLA SEPAK MALAYSIA (FAM) DAN KETUA JURULATIH HARIMAU MALAYA
Dato’ Haji Hamidin Haji Mohd Amin, Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dan Kim Pan Gon, Ketua Jurulatih Harimau Malaya mengadap DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor di Ibu Pejabat JDT pada hari ini, 11 Februari 2023 bagi membincangkan beberapa perkara berkaitan bola sepak kebangsaan. Allah Peliharakan Sultan.
SELAMAT HARI THAIPUSAM
Saya ingin mengucapkan Selamat Hari Thaipusam kepada semua penganut agama Hindu.
DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor