Selamat Ulangtahun Keputeraan kepada YAM Tunku Abdul Rahman Al-Haj Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Panglima Johor.
DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor
JDT TELAH BERKOLABORASI DENGAN HID GLOBAL DARI AMERIKA UNTUK SISTEM KEMASUKAN PENYOKONG KE STADIUM SULTAN IBRAHIM
Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) telah menjalinkan satu kerjasama dengan HID Global bernilai jutaan Ringgit sejurus perbincangan antara DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor dan syarikat tersebut di Dubai.
HID Global adalah peneraju organisasi pengurusan kawalan akses yang telah terlibat dalam tiga kejohanan Piala Dunia terakhir dan beberapa acara benua di seluruh dunia. Sebagai permulaan, kepakaran yang ada pada HID Global akan digunakan di ‘turnstiles’ untuk kemasukan penyokong ke Stadium Sultan Ibrahim.
Kerjasama ini...
JDT & LIFE FITNESS ADAKAN PERBINCANGAN DI DUBAI BERKAITAN KERJASAMA
DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor telah mengadakan perbincangan dengan Life Fitness mengenai kerjasama dengan Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) yang mana akan mempertingkatkan lagi kualiti peralatan gimnasium kelab dan bakal membolehkan perkembangan komersil gimnasium JDT kepada umum.
JDT melihat kepada kepakaran yang ada pada Life Fitness dan jenama barangan gimnasium khusus mereka untuk atlit-atlit elit terutamanya Hammer Strength yang digunakan oleh kebanyakan organisasi-organisasi sukan besar di Amerika. Ini memastikan Harimau...
JDT DAN SHARJAH FC DARI UAE SETUJU UNTUK BERKOLABORASI
Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) dan Sharjah FC dari Emiriah Arab Bersatu telah bersetuju untuk berkolaborasi selepas kunjungan DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor merangkap pemilik JDT ke kelab tersebut ketika latihan pramusim Harimau Selatan yang sedang berlangsung di Dubai.
Sharjah FC telah menawarkan JDT untuk menggunakan fasiliti latihan mereka secara percuma. Sharjah FC kini berada di tangga kedua Liga Pro UAE. Luaskan Kuasamu Johor.
BAKAL KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF JDTFC DAN PENASIHAT BELIA JOHOR
Berpengalaman, terbukti, kenapa tidak…
SESI LATIHAN KELAB BOLASEPAK JOHOR DARUL TA’ZIM (JDT)
DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor menyaksikan sesi latihan Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) di Stadium The Sevens di Dubai, Emiriah Arab Bersatu hari ini. Pasukan Harimau Selatan berada di Dubai untuk pramusim 2023. Allah Peliharakan Sultan.