Selamat Ulangtahun Keputeraan kepada YAM Tunku Abu Bakar Al-Haj Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Putera Johor.
DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor
MENERIMA MENGADAP MENTERI BESAR JOHOR, PENGERUSI JAWATANKUASA PENDIDIKAN, PENERANGAN DAN KOMUNIKASI NEGERI JOHOR DAN ICT NEGERI JOHOR
DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor terima mengadap YAB Datuk Onn Hafiz Ghazi, Menteri Besar Johor, YB Cik Norlizah Noh, Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Penerangan dan Komunikasi Negeri Johor dan ICT Negeri Johor.
Mesyuarat ini diadakan untuk membincangkan pelan dan perancangan untuk Pusat Media Digital Johor dan bagi merangka struktur komunikasi antara pelbagai agensi di negeri Johor.
Pusat Media Digital Johor berperanan menyelaras dan menyebar maklumat aktiviti-aktiviti Kerajaan Negeri Johor dan informasi terkini kepada Bangsa Johor. Pusat...
LAWATAN KE PUSAT TEMUDUGA KANAK-KANAK (CIC)
Pada hari ini, saya telah melawat Pusat Temuduga Kanak-kanak (CIC) di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor Bahru bersama YAM Che’ Puan Besar Khaleeda.
Istana Johor dan Kerajaan Negeri Johor akan memberikan sumbangan untuk menambahbaik CIC ini, memperkasakan kekuatan pasukan polis D11 dan untuk menyediakan sebuah CIC di Ibu Pejabat Polis (IPD) Muar dan di Iskandar Puteri bagi melancarkan usaha PDRM menjalankan siasatan dan menyelesaikan kes-kes penderaan kanak-kanak di Johor.
Saya juga ingin menggesa Kerajaan Negeri Johor untuk bekerjasama dengan PDRM, JKM dan dengan garis panduan...
SELAMAT HARI GURU
Selamat Hari Guru kepada seluruh warga pendidik!
Terima kasih kepada semua guru yang sentiasa berkorban masa dan tenaga serta tidak pernah jemu melaksanakan tanggungjawab. Jasa anda dalam membangun bangsa akan sentiasa dikenang.
DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor
MENYANTUNI KANAK-KANAK ISTIMEWA DI LEGOLAND
DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor dan YAM Che’ Puan Besar Khaleeda menyantuni beberapa kanak-kanak istimewa termasuk adik Bella di Legoland, Johor Bahru pada 15 Mei 2022.
Diharapkan kanak-kanak ini menikmati masa mereka sepanjang berada di Legoland. Semoga ini dapat memberi sedikit keceriaan dan kegembiraan kepada mereka. Amat penting untuk golongan ini diberi perlindungan sewajarnya dan mereka juga berhak untuk menjalani kehidupan biasa seperti insan lain.
Allah Peliharakan Sultan.
SELAMAT HARI BELIA NEGARA 2022
Saban tahun, 15 Mei merupakan tarikh menghargai sumbangan serta dedikasi golongan belia.
Tanpa belia, tiada negara yang akan bergerak selari dengan aspirasi yang ditetapkan oleh kerajaan. Belia adalah antara penyumbang penting dalam melahirkan modal insan yang disegani di mata dunia.
Selari dengan tema sambutan tahun ini #IniMasaKita, tiba masanya golongan belia menunjukkan keupayaan sebenar untuk menyumbang kepada masyarakat dan bangsa.
Saya berharap golongan belia di Johor akan sentiasa bersemangat, berdikari dan berusaha untuk mempelajari kemahiran atau pengetahuan baharu.
...