Pada hari ini saya telah bertemu dengan YBhg. Dr Vivian Balakrishnan, Menteri Hal Ehwal Luar Negara Singapura di Hotel Capella, Singapura.
Pertemuan ini bagi membincangkan kerjasama yang lebih erat antara Johor dan Singapura.
DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor
MENERIMA MENGADAP PERDANA MENTERI MALAYSIA
DYMM Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar, Sultan Johor dan DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor terima mengadap YAB Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob, Perdana Menteri Malaysia di Istana Bukit Serene, Johor Bahru pada 12 Jun 2022.
Turut hadir bersama adalah DYAM Tunku Iskandar Abdul Jalil Abu Bakar Ibrahim Ibni Tunku Ismail, Raja Muda Johor, YAB Datuk Onn Hafiz Ghazi, Menteri Besar Johor dan YB Tan Sri Dato’ Dr Hj Azmi Bin Rohani, Setiausaha Kerajaan Johor. Allah Peliharakan Sultan.
MENERIMA MENGADAP WAKIL PERTUBUHAN BANGSA BERSATU BAGI PELARIAN (UNHCR)
DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor terima mengadap Thomas Albrecht dan Asharoop Kaur, wakil Pertubuhan Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) Malaysia di Royal Johor Polo Club pada 10 Jun 2022. Allah Peliharakan Sultan.
PERTEMUAN DENGAN SIR FRANK HESTER OBE DAN PASUKANNYA
Saya berbesar hati dapat bertemu dengan Sir Frank Hester OBE dan pasukannya yang telah merevolusikan sistem penjagaan kesihatan di UK dan China.
Saya mengalu-alukan Sir Frank untuk bekerjasama dengan lebih mendalam bersama ekosistem penjagaan kesihatan tempatan untuk membawa teknologi kesihatan digital ke negeri Johor. Kemajuan baharu dalam Rekod Perubatan Elektronik (EMR) ditambah dengan Kepintaran Buatan (AI) dan penggunaan analisis data menyeluruh adalah penting untuk menambah baik sistem penjagaan kesihatan di Johor dan Malaysia.
Orang ramai berhak mendapat kemudahan hospital...
LAWATAN BERAMAH MESRA DENGAN PENDUDUK SEKITAR MUKIM SERKAT
Pada hari ini (7 Jun 2022), saya telah pergi ke daerah Pontian untuk melawat dan beramah mesra dengan para penduduk di sekitar kawasan Mukim Serkat.
Saya sentiasa melawat daerah dan kampung-kampung di Johor, lagi-lagi selepas tempoh pandemik Covid-19.
Saya gembira dapat melakukan aktiviti ini sekali lagi. Saya akan sentiasa memantau dan melawat untuk memberi sumbangan kepada para penduduk Johor.
Saya juga akan meninjau dan melihat segala keperluan rakyat yang boleh dipertingkat atau diperbaiki di kawasan kampung-kampung serta daerah Johor.
DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni...