Skip to main content

PERTEMUAN DENGAN MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT BERKENAAN ISU SEPERTI KES BELLA

Saya telah mengadakan pertemuan dengan YB Datuk Seri Rina Mohd Harun, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Amanda Bissex, Wakil UNICEF ke Malaysia dan YB Puan Hajah Khairin-Nisa Ismail, Pengerusi Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Negeri Johor pada hari ini di Royal Johor Polo Club. Dalam pertemuan tersebut, saya telah mencadangkan 3 langkah penting yang perlu dilakukan bagi memastikan kes-kes seperti kes Bella tidak berulang: 1. Pindaan Perundangan: Penambahbaikan undang-undang semasa, seperti Akta Kanak-Kanak 2001 perlu dilakukan segera. Ia harus merangkumi...

Continue reading

SALAM NUZUL AL-QURAN 1443 HIJRAH

Marilah kita sama-sama menghayati hikmah yang terkandung pada peristiwa ini dan isi kandungan Al-Quran secara keseluruhannya. Membersihkan akal dan menyucikan jiwa dari segala bentuk perkara yang tidak elok serta memantapkan keyakinan tentang keesaan Ilahi. Salam Nuzul Al-Quran 1443 Hijrah. DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor

Continue reading

MAJLIS KHATAM AL-QURAN PERINGKAT NEGERI JOHOR

DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor sebagai wakil rasmi DYMM Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar, Sultan Johor bersama YAM Che’ Puan Besar Khaleeda berangkat ke Majlis Khatam Al-Quran Peringkat Negeri Johor di Masjid Sultan Abu Bakar pada hari ini, 18 April 2022. Turut mengiringi keberangkatan Baginda adalah paduka-paduka adinda yang lain. Allah Peliharakan Sultan.

Continue reading

BAKAL BERJUMPA DENGAN MENTERI PEMBANGUNAN KELUARGA, WANITA DAN MASYARAKAT BERKENAAN KES BELLA

Esok saya akan berjumpa dengan Datuk Seri Rina Harun, Menteri Pembangunan Keluarga, Wanita dan Masyarakat untuk membincangkan isu kes Bella dan mendapatkan taklimat terkini mengenai langkah-langkah yang telah diambil oleh kementerian untuk memastikan kes sebegini tidak lagi berlaku. DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor

Continue reading

KES PENDERAAN BELLA

Saya telah berhubung dan berbincang dengan peguam-peguam saya mengenai kes penderaan Bella. Kes ini sedang berjalan di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur dan pihak pendakwaan kerajaan sudah memulakan perbicaraan terhadap OKT (orang kena tuduh) dalam kes ini. Kes pendakwaan pada ketika ini melibatkan 2 pihak: – pendakwa raya kerajaan bagi pihak kerajaan/awam, dan – peguambela yang dilantik untuk mewakili tertuduh (OKT) Saya akan menghubungi Menteri Pembangunan Keluarga, Wanita dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Harun dan menawarkan perkhidmatan peguam-peguam saya secara...

Continue reading

© DYAM Pemangku Sultan Johor. Hakcipta Terpelihara.