Berkenaan pembukaan Hospital Pasir Gudang yang dijadualkan akan mula beroperasi tidak lama lagi, saya ingin menitahkan kepada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) agar tindakan segera dapat diambil untuk menempatkan petugas kesihatan agar hospital ini dapat beroperasi sepenuhnya dan memenuhi keperluan kesihatan Bangsa Johor. Saya juga menyeru agar Kerajaan Persekutuan menyegerakan proses kelulusan dan pengisian jawatan yang tidak diisi dan menyebabkan kesesakan luar biasa di hospital-hospital di negeri ini seperti Hospital Sultanah Aminah (HSA), Hospital Sultan Ismail (HSI), Hospital...
MAJLIS ISTIADAT PENYERAHAN SURAT TAULIAH, SUMPAH JAWATAN DAN SUMPAH TAAT SETIA YB SETIAUSAHA KERAJAAN JOHOR
Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor berangkat ke Majlis Istiadat Penyerahan Surat Tauliah, Sumpah Jawatan dan Sumpah Taat Setia YB Setiausaha Kerajaan Johor kepada YB Dato’ Haji Asman Shah Abd. Rahman di Balai Mengadap, Istana Bukit Serene pada hari ini, 7 Julai 2025.
Hadir sama adalah YAB Dato’ Onn Hafiz bin Ghazi, Menteri Besar Johor, dan YB Dato’ Dr. Abdul Rahim Ramli, Yang Dipertua Jumaah Majlis Diraja Johor. Allah Peliharakan Sultan.
MAAL HIJRAH 1447H
Salam Maal Hijrah 1447H dan semoga tahun ini membuka lembaran baharu yang lebih baik buat kita semua, dipenuhi dengan keredhaan dan keberkatan Allah SWT. Insya-Allah.
Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor
ULANG TAHUN KEPUTERAAN TUNKU KHALSOM AMINAH SOFIAH
Selamat Ulang Tahun Keputeraan kepada YAM Tunku Khalsom Aminah Sofiah Binti Tunku Ismail.
Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor
TERIMA MENGADAP DELEGASI AHLI-AHLI HAL EHWAL AGAMA ISLAM MALAYSIA (MKI)
Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor terima mengadap delegasi Ahli-Ahli Hal Ehwal Agama Islam Malaysia (MKI) yang diketuai oleh YB Dato’ (Dr.) Haji Nooh Gadot selaku Pengerusi Jawatankuasa Muzakarah MKI dan YB Dato’ Dr. Sirajuddin Suhaimee, Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) pada hari ini, 20 Jun 2025. Allah Peliharakan Sultan.