Skip to main content

TERIMA MENGADAP MENTERI BESAR JOHOR, SETIAUSAHA KERAJAAN JOHOR DAN PEGAWAI-PEGAWAI KERAJAAN NEGERI JOHOR

Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor terima mengadap YAB Dato’ Onn Hafiz Bin Ghazi, Menteri Besar Johor, YB Dato’ Haji Asman Shah Abd. Rahman, Setiausaha Kerajaan Johor dan pegawai-pegawai Kerajaan Negeri Johor pada hari ini, 22 Julai 2025. Dalam pertemuan ini, pelbagai perkara dan isu-isu penting telah dibincangkan. DYAM Pemangku Sultan Johor turut memberikan titah amanat penting Baginda supaya menyelesaikan segala isu yang tertangguh khususnya yang melibatkan ekonomi negeri Johor. Allah Peliharakan Sultan.

Continue reading

TERIMA MENGADAP KETUA POLIS NEGARA YANG BAHARU

Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor terima mengadap YDH IG Dato’ Sri Hj Mohd Khalid Bin Hj Ismail, Ketua Polis Negara yang baharu pada hari ini, 10 Julai 2025. Hadir sama adalah YDH CP Datuk M. Kumar A/L S. Muthuvelu, Ketua Polis Johor. Allah Peliharakan Sultan.

Continue reading

BERANGKAT KE TAMAN BOTANI DIRAJA JOHOR, ISTANA BESAR JOHOR

Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor, Yang Amat Mulia Che’ Puan Mahkota Khaleeda Johor, Duli Yang Amat Mulia Tunku Iskandar Ibni Tunku Ismail, Raja Muda Johor serta paduka anakanda berangkat ke Taman Botani Diraja Johor, Istana Besar Johor pada 8 Julai 2025. Allah Peliharakan Sultan.

Continue reading

© DYAM Pemangku Sultan Johor. Hakcipta Terpelihara.