Skip to main content

PENYAMPAIAN KURNIAAN DYAM TUNKU MAHKOTA JOHOR

Yang Berbahagia Tuan Haji Zainor Bin Adani, Pegawai Daerah Kulai telah menyerahkan penyampaian sumbangan Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Johor (TMJ) kepada beberapa keluarga di Mukim Kulai pada 4 April 2023. Turut serta dalam penyerahan kurniaan ini ialah Penolong Pegawai Daerah, Pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat, Penghulu Mukim Kulai dan Ketua Kampung yang terlibat. Kurnian DYAM Tunku Mahkota Johor ini adalah untuk membantu meringankan beban dan kesulitan hidup yang dihadapi oleh keluarga-keluarga yang serba memerlukan seperti keluarga miskin dan daif, kehilangan pendapatan,...

Continue reading

PROGRAM PENYERAHAN KURNIAAN KEPADA ASNAF DI DAERAH MERSING

DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor berangkat ke Program Penyerahan Kurniaan Kepada Asnaf di daerah Mersing pada 3 April 2023. Turut mengiringi keberangkatan Baginda adalah YAM Che’ Puan Besar Khaleeda serta paduka-paduka anakanda. Antara penerima yang menerima kurniaan adalah En Zakaria Bin Putra Ali, En Mohd Hairul Faqis Bin Salleh dan En Samad Bin Bakar yang menghidap penyakit kronik. Allah Peliharakan Sultan.

Continue reading

PENYAMPAIAN KURNIAAN DYAM TUNKU MAHKOTA JOHOR BAGI DAERAH MUAR

Yang Berusaha Tn Haji Hasrin Kamal Bin Hashim, Pegawai Daerah Muar telah menyerahkan kurniaan sumbangan Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Johor kepada beberapa keluarga sekitar Mukim Bakri dan Ayer Hitam. Kurniaan ini adalah untuk membantu golongan yang kurang berkemampuan dan sakit terlantar di samping dapat meringankan beban mereka. Turut serta dalam penyerahan kurniaan ini adalah En Mohd Hanafi Bin Shamsi, Penolong Pegawai Daerah, Pemangku Penghulu tertinggi, Penghulu Mukim dan Ketua-ketua Kampung yang terlibat.

Continue reading

PENYERAHAN KURNIAAN DULI YANG AMAT MULIA TUNKU MAHKOTA JOHOR BAGI DAERAH TANGKAK

Penyerahan kurniaan DYAM Tunku Mahkota Johor dan sesi kunjungan ke kediaman beberapa keluarga yang kurang bernasib baik di Daerah Tangkak yang telah disempurnakan oleh Encik Azman Bin Haji Mohamed Shah selaku Pegawai Daerah Tangkak. Inisiatif Tunku Mahkota Johor ini menyasarkan penerima daripada kalangan keluarga yang daif, asnaf atau individu yang betul-betul memerlukan tanpa keterbatasan bangsa dan agama. Bagi fasa ini, kurniaan diserahkan kepada golongan warga emas, pesakit-pesakit masalah jantung serta pesakit kronik yang memerlukan rawatan berkala. Turut serta dalam...

Continue reading

PROGRAM ZIARAH PRIHATION SEMPENA PENYERAHAN KURNIAAN DYAM TUNKU MAHKOTA JOHOR BAGI DAERAH BATU PAHAT

YBhg Tuan Haji Nasri Bin Md Ali, Pegawai Daerah Batu Pahat telah hadir menyempurnakan Program Ziarah Prihatin Sempena Penyerahan Kurniaan DYAM Tunku Mahkota Johor melibatkan beberapa keluarga Penerima di Mukim Sungai Punggor, daerah Batu Pahat, Johor. Program lawatan Ziarah Prihatin seumpama ini merupakan salah satu gerak usaha dalam membantu golongan sasaran iaitu mereka yang menghadapi kepayahan hidup, golongan kurang berkemampuan, dan kurang bernasib baik.

Continue reading

PENYERAHAN KURNIAAN DULI YANG AMAT MULIA TUNKU MAHKOTA JOHOR UNTUK KELUARGA KURANG BERKEMAMPUAN DI SEGAMAT

Penyampaian Kurniaan Duli Yang Amat Mulia Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor telah disempurnakan oleh Yang Berbahagia Tuan Mohd Masni bin Wakiman, Pegawai Daerah Segamat. Penyerahan Kurniaan DYAM Tunku Mahkota Johor kali ini telah diserahkan kepada beberapa buah keluarga kurang berkemampuan dari Mukim Jementah.

Continue reading

© DYAM Pemangku Sultan Johor. Hakcipta Terpelihara.