Skip to main content

PROGRAM ZIARAH PRIHATIN SEMPENA PENYERAHAN KURNIAAN DYAM TUNKU MAHKOTA JOHOR BAGI DAERAH BATU PAHAT

YBhg Tuan Haji Nasri Bin Md Ali, Pegawai Daerah Batu Pahat telah menyempurnakan Program Ziarah Prihatin Sempena Penyerahan Kurniaan DYAM Tunku Mahkota Johor melibatkan beberapa keluarga penerima di Mukim Sri Medan, Batu Pahat. Program lawatan Ziarah Prihatin seumpama ini merupakan salah satu gerak usaha dalam membantu golongan sasaran iaitu mereka yang menghadapi kepayahan hidup, golongan kurang berkemampuan, dan kurang bernasib baik.

Continue reading

ZIARAH KASIH PEGAWAI DAERAH: PENYAMPAIAN KURNIAAN DYAM TUNKU MAHKOTA JOHOR

Yang Berbahagia Tuan Haji Hasrin Kamal B Hashim, Pegawai Daerah Muar telah menyerahkan kurniaan sumbangan Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Johor kepada penerima dari Mukim Lenga dan Bukit Kepong. Penerima terdiri dari mereka yang kurang berkemampuan dan sakit terlantar. Kurniaan ini adalah untuk membantu golongan tersebut di samping dapat meringankan beban mereka.Turut serta dalam penyerahan kurniaan ini adalah Ketua Penolong Pegawai Daerah, Pemangku Penghulu Tertinggi Daerah Muar, Penghulu Mukim dan Ketua Kampung yang terlibat.

Continue reading

KURNIAAN BANTUAN DYAM TUNKU MAHKOTA JOHOR TAHUN 2023 BAGI DAERAH MERSING

Wakil rasmi Pegawai Daerah Mersing, Encik Muhammad Jafni Adli bin Ja’afar, Penolong Pegawai Daerah Mersing bersama Ahli-ahli Jawatankuasa kampung-kampung telah mengadakan Ziarah Muhibah sempena Penyampaian Kurniaan Bantuan DYAM Tunku Mahkota Johor kepada beberapa buah keluarga di Mukim Mersing. Kurniaan DYAM Tunku Mahkota Johor ini adalah perkenan inisiatif berterusan baginda Tunku Mahkota Johor untuk memastikan kesejahteraan dan kebajikan Bangsa Johor khususnya di Daerah Mersing.

Continue reading

PENYAMPAIAN KURNIAAN DYAM TUNKU MAHKOTA JOHOR DI DAERAH KOTA TINGGI

Yang Berhormat Datin Paduka Hajah Hazlina binti Jalil, Pegawai Daerah Kota Tinggi telah menyempurnakan kurniaan DYAM Tunku Mahkota Johor di Mukim Ulu Sungai Johor, Daerah Kota Tinggi. Kurniaan ini merupakan Inisiatif DYAM Tunku Mahkota Johor yang menyasarkan penerima kurniaan adalah dikalangan keluarga yang daif, golongan asnaf Orang Kurang Upaya (OKU) juga individu daripada pelbagai bangsa dan agama yang memerlukan.

Continue reading

PROGRAM ZIARAH PRIHATIN SEMPENA PENYERAHAN KURNIAAN DYAM TUNKU MAHKOTA JOHOR BAGI DAERAH BATU PAHAT

YBhg Tuan Haji Nasri Bin Md Ali, Pegawai Daerah Batu Pahat telah menyempurnakan Program Ziarah Prihatin Sempena Penyerahan Kurniaan DYAM Tunku Mahkota Johor melibatkan beberapa keluarga penerima di Mukim Sri Gading, Daerah Batu Pahat. Program lawatan Ziarah Prihatin seumpama ini merupakan salah satu gerak usaha dalam membantu golongan sasaran iaitu mereka yang menghadapi kepayahan hidup, golongan kurang berkemampuan, dan kurang bernasib baik.

Continue reading

KURNIAAN BANTUAN DYAM TUNKU MAHKOTA JOHOR 2023 DI DAERAH MERSING

Wakil rasmi Pegawai Daerah Mersing, Encik Muhammad Jafni Adli bin Ja’afar, Penolong Pegawai Daerah Mersing diiringi Penghulu-penghulu Mukim dan Ketua-ketua Kampung telah mengadakan Ziarah Muhibah sempena penyampaian Kurniaan Bantuan DYAM Tunku Mahkota Johor kepada beberapa buah keluarga di Mukim Penyabong, Mersing. Kurniaan DYAM Tunku Mahkota Johor kepada beberapa buah surau juga disampaikan kepada Pengerusi Surau Perumahan Nelayan, Penyabong, Surau Al-Hidayah, Kampung Triang Kechil dan Surau Al-Arif, Jln. Haji Ariffin, Endau. Turut serta dalam penyerahan kurniaan kepada beberapa masjid...

Continue reading

© DYAM Pemangku Sultan Johor. Hakcipta Terpelihara.