Skip to main content

KELUARGA DIRAJA JOHOR KURNIA 143 EKOR LEMBU SEMPENA SAMBUTAN AIDILADHA

Sempena sambutan Aidiladha tahun ini, Keluarga Diraja Johor telah mengurniakan sebanyak 143 ekor lembu ibadah korban untuk rakyat Johor. Kurniaan ini bertujuan untuk membantu dan meringankan beban golongan yang memerlukan serta memeriahkan lagi sambutan Aidiladha di Johor. Semoga kurniaan ini akan menyemarakkan semangat kebersamaan dalam kalangan rakyat serta membawa keberkatan dan kegembiraan kepada setiap penerima. Kurniaan ini dilaksanakan setiap tahun oleh Keluarga Diraja Johor. Allah Peliharakan Sultan.

Continue reading

PENYAMPAIAN KURNIAAN DYAM PEMANGKU SULTAN

Penyerahan kurniaan sumbangan DYAM Pemangku Sultan Johor kepada 4 orang penerima dari Mukim Sungai Terap telah disampaikan oleh En. Muhammad Ismat bin Salleh, Penolong Pegawai Daerah selaku wakil Tuan Haji Hasrin Kamal Bin Hashim, Pegawai Daerah Muar di rumah penerima berkenaan. Penerima terdiri dari mereka yang kurang berkemampuan dan merupakan pesakit kronik. Kurniaan ini diharapkan dapat membantu golongan tersebut serta meringankan beban mereka.

Continue reading

PENYAMPAIAN KURNIAAN DULI YANG AMAT MULIA TUNKU MAHKOTA ISMAIL, PEMANGKU SULTAN JOHOR

Tuan Mohd Farid bin Kassim, Pegawai Daerah Tangkak telah menyerahkan kurniaan sumbangan Duli Yang Amat Mulia Pemangku Sultan Johor kepada beberapa penerima dari Mukim Serom. Kurniaan ini merupakan inisiatif baginda yang menitikberatkan kebajikan dan kesejahteraan rakyat dengan menyasarkan penerima daripada kalangan keluarga asnaf atau individu yang betul-betul memerlukan bantuan. Penerima terdiri dari mereka yang kurang berkemampuan, ahli keluarga OKU, pesakit terlantar dan berpenyakit kronik. Kurniaan ini adalah bagi membantu golongan tersebut di samping dapat meringankan beban...

Continue reading

PENYERAHAN KURNIAAN DYAM TUNKU MAHKOTA ISMAIL, PEMANGKU SULTAN JOHOR BAGI DAERAH KULAI

Yang Berbahagia En Fizwan Bin Dato Hj Mohd Rashidi, Pegawai Daerah Kulai telah menyerahkan penyampaian kurniaan Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor kepada beberapa keluarga di Mukim Senai pada hari ini. Turut serta dalam penyerahan kurniaan ini ialah Penolong Pegawai Daerah Kulai (Masyarakat), Penghulu Kanan, Penghulu Mukim Senai, Amin Baitulmal Daerah Kulai dan Ketua-Ketua Kampung yang terlibat.

Continue reading

PENYAMPAIAN KURNIAAN DULI YANG AMAT MULIA TUNKU MAHKOTA ISMAIL, PEMANGKU SULTAN JOHOR

Tuan Mohd Farid bin Kassim, Pegawai Daerah Tangkak telah menyerahkan kurniaan sumbangan Duli Yang Amat Mulia Pemangku Sultan Johor kepada beberapa penerima dari Mukim Tangkak. Kurniaan ini merupakan inisiatif baginda yang menitikberatkan kebajikan dan kesejahteraan rakyat dengan menyasarkan penerima daripada kalangan keluarga asnaf atau individu yang betul-betul memerlukan bantuan. Penerima terdiri dari mereka yang kurang berkemampuan, ahli keluarga OKU, pesakit terlantar dan berpenyakit kronik. Kurniaan ini adalah bagi membantu golongan tersebut di samping dapat meringankan beban...

Continue reading

KURNIAAN DULI YANG AMAT MULIA TUNKU MAHKOTA ISMAIL, PEMANGKU SULTAN JOHOR UNTUK KELUARGA TERMISKIN DI DAERAH MERSING

Wakil rasmi Pegawai Daerah Mersing, Encik Muhammad Jafni Adli bin Ja’afar, Penolong Pegawai Daerah Mersing, telah menyempurnakan penyampaian Kurniaan Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor kepada beberapa keluarga termiskin di Mukim Tenglu, Mersing. Kurniaan Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor ini adalah perkenan inisiatif berterusan baginda Tunku untuk memastikan kesejahteraan dan kebajikan Bangsa Johor khususnya di Daerah Mersing.

Continue reading

© DYAM Pemangku Sultan Johor. Hakcipta Terpelihara.