Encik Mohd Iskandar Bin Rahim, Penolong Pegawai Daerah Batu Pahat selaku wakil rasmi Pegawai Daerah Batu Pahat telah hadir menyempurnakan Program Ziarah Prihatin Sempena Penyerahan Kurniaan DYAM Tunku Mahkota Johor bagi daerah Batu Pahat.
Lawatan tersebut melibatkan beberapa keluarga Penerima di Mukim Tanjung Sembrong, Batu Pahat.
Program lawatan Ziarah Prihatin seumpama ini merupakan salah satu gerak usaha dalam membantu golongan sasaran iaitu mereka yang menghadapi kepayahan hidup, golongan kurang berkemampuan, dan kurang bernasib baik.
PENYERAHAN KURNIAAN DULI YANG AMAT MULIA TUNKU MAHKOTA JOHOR UNTUK KELUARGA YANG KURANG BERKEMAMPUAN DI DAERAH SEGAMAT
Penyampaian Kurniaan Duli Yang Amat Mulia Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim telah disempurnakan oleh Ybhg. Tuan Haji Hasrin Kamal bin Hashim, Pegawai Daerah Segamat.
Penyerahan Kurniaan DYAM Tunku Mahkota Johor kali ini telah diserahkan kepada beberapa buah keluarga kurang berkemampuan terdiri daripada keluarga asnaf dan dhaif, pesakit kronik, golongan B40 yang kehilangan sumber pendapatan, mangsa bencana dan lain-lain keperluan bagi meringankan beban yang dihadapi. Penerima-penerima ini telah dicadangkan dan dikenalpasti oleh Penghulu Mukim dan Ketua Kampung.
Sesungguhnya kurniaan...
PENYAMPAIAN KURNIAAN DYAM MEJAR JENERAL TUNKU ISMAIL IBNI SULTAN IBRAHIM, TUNKU MAHKOTA JOHOR BAGI DAERAH PONTIAN
Ybhg. Tuan Haji Mohd Rafi Bin Abdullah, Pegawai Daerah Pontian bersama rombongan Pentadbiran Daerah Pontian, Encik Azmee Bin Awang,Ketua Penolong Pegawai Daerah Pontian, Encik Muhammad Iskandar Zulkarnain Bin Shamsul Bahar, Penolong Pegawai Daerah berkesempatan menyampaikan sumbangan Kurniaan DYAM Tunku Mahkota Johor Kepada Keluarga Yang Kurang Bernasib Baik Di Mukim Ayer Baloi dan Mukim Api-Api.
Kurniaan DYAM Tunku Mahkota Johor merupakan inisiatif baginda yang menitikberatkan kebajikan dan kesejahteraan rakyat serta bagi meringankan beban kepada golongan sasaran iaitu mereka yang...
PENYAMPAIAN KURNIAAN DYAM TUNKU MAHKOTA JOHOR
Pegawai Daerah Kulai ,Tuan Haji Zainor Bin Adani telah menyerahkan penyampaian sumbangan Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Johor kepada beberapa keluarga di Mukim Kulai, hari ini.
Turut serta dalam penyerahan kurnian ini ialah Penolong Pegawai Daerah (Fizikal), Penghulu Mukim Kulai, Jabatan Kebajikan Masyarakat Daerah Kulai dan Ketua Kampung Mukim Kulai.
Kurnian DYAM Tunku Mahkota Johor ini adalah untuk membantu meringankan beban dan kesulitan hidup yang dihadapi oleh keluarga-keluarga yang serba memerlukan seperti keluarga miskin dan daif, kehilangan pendapatan, pesakit kronik, OKU...
PENYERAHAN KURNIAAN DULI YANG AMAT MULIA TUNKU MAHKOTA JOHOR BAGI DAERAH TANGKAK
Penyerahan kurniaan DYAM Tunku Mahkota Johor dan sesi kunjungan ke kediaman beberapa keluarga yang kurang bernasib baik di Daerah Tangkak yang telah disempurnakan oleh Encik Azman Bin Haji Mohamed Shah selaku Pegawai Daerah Tangkak.
Inisiatif Tunku Mahkota Johor ini menyasarkan penerima daripada kalangan keluarga yang daif, asnaf atau individu yang betul-betul memerlukan tanpa keterbatasan bangsa dan agama.Bagi fasa ini, penerima adalah daripada golongan warga emas, ahli isi rumah OKU, pesakit strok dan juga pesakit yang memerlukan rawatan berkala.
Turut serta dalam penyerahan ini,...
PENYAMPAIAN KURNIAAN DYAM TUNKU MAHKOTA JOHOR DI DAERAH KOTA TINGGI
Yang Berhormat Datin Paduka Hajah Hazlina binti Jalil, Pegawai Daerah Kota Tinggi telah menyempurnakan kurniaan DYAM Tunku Mahkota Johor bagi daerah Kota Tinggi.
Kurniaan DYAM Tunku Mahkota Johor adalah inisiatif berterusan yang membantu meringankan beban yang ditanggung oleh keluarga-keluarga yang serba memerlukan mencerminkan keperibadian baginda sebagai raja berjiwa rakyat yang amat prihatin dan mengambil berat soal kebajikan dan kesejahteraan hidup rakyat.
Antara keluarga-keluarga penerima kurniaan DYAM Tunku Mahkota Johor adalah terdiri daripada golongan sasaran seperti keluarga...