Skip to main content

PROGRAM ANAK MUDA BANGSA JOHOR DAERAH KOTA TINGGI

Kami menyantuni warga emas dengan menyumbang tenaga melaksanakan aktiviti baikpulih kecil rumah, atap, mengecat, kerja-kerja elektrik, mengemas dalam dan luar kawasan rumah. Menjunjung Kasih DYAM Mejar Jeneral Tunku Mahkota Johor atas keberangkatan mencemar duli ke program kami. Sesungguhnya, kehadiran DYAM Tunku sangat menyentuh hati kami. Menjunjung Kasih atas nasihat dan dorongan DYAM Tunku kepada kami. Bagi pihak Majlis Belia Daerah Kota Tinggi, kami ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada Tuan Pegawai Daerah , Tuan YDP PBT Pengerang , Tuan Pengurus Besar Kejora, Tuan YDP...

Continue reading

MAJLIS BELIA DAERAH JOHOR BAHRU MENYOKONG KENYATAAN MBNJ

Majlis Belia Daerah Johor Bahru Menyokong kenyataan MBNJ Kalau ada SUMUR di ladang Boleh kita menumpang Mandi Kalau Ada Umur Yang Panjang MBNJ DAN MBD Bertemu Lagi Kenyataan Media Majlis Belia Negeri Johor 3 November 2018 1. Majlis Belia Negeri Johor (MBNJ) menjunjung kasih kepada DYAM Tunku Ismail Ibn Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor(TMJ) atas perkenan baginda mencemar duli bersama sama mengurniakan sumbangan peralatan mandian dan kit kesihatan kepada gelandangan di Johor Bahru semalam. 2. Kurniaan sumbangan diberikan kepada golongan gelandangan setelah MBNJ...

Continue reading

KURNIAAN SUMBANGAN KEPADA MAJLIS BELIA NEGERI JOHOR

DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor berkenan menyampaikan kurnia sumbangan kepada Majlis Belia Negeri Johor pada hari ini, 2 November 2018. Sumbangan ini untuk dijadikan dana bagi membolehkan Majlis Belia Negeri Johor mempermudahkan lagi pengurusan dan melaksanakan aktiviti-aktiviti kesukarelawan secara muafakat di daerah-daerah.

Continue reading

TMJ SALUR SUMBANGAN PERIBADI KEPADA 3 HOSPITAL

JOHOR BAHRU: Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim berkenan menyampaikan sumbangan peribadi kepada tiga hospital di negeri ini dalam majlis ringkas sempena lawatan ke Klinik Pakar Hospital Sultanah Aminah (HSA) di sini, hari ini. Sumbangan berkenaan disampaikan sendiri Tunku Ismail kepada HSA Johor Bahru, Hospital Temenggung Seri Maharaja Tun Ibrahim, Kulai dan Hospital Kota Tinggi. Majlis pengurniaan sumbangan cek peribadi tanpa dinyatakan nilai itu disampaikan kepada Timbalan Pengarah Perubatan HSA, Dr Khadijah Abu Bakar; Pengarah Hospital Temenggung Seri Maharaja...

Continue reading

© DYAM Pemangku Sultan Johor. Hakcipta Terpelihara.