SESI MINUM PETANG BERSAMA PERDANA MENTERI SINGAPURA
By Admin
Julai 10, 2023
DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor dan YAM Che’ Puan Besar Khaleeda memulakan lawatan rasmi ke Singapura dengan sesi minum petang bersama Perdana Menteri Singapura, Dato’ Lee Hsien Loong dan pasangannya, Datin Paduka Ho Ching di Istana, Singapura pada 10 Julai 2023.
Pada sesi ini, Baginda berdua saling bertukar idea serta perkembangan baharu dengan Perdana Menteri Singapura dan isterinya. Ini adalah acara pertama untuk lawatan rasmi selama tiga hari Baginda berdua ke Singapura. Allah Peliharakan Sultan.




