PENYAMPAIAN KURNIAAN DYAM TUNKU MAHKOTA JOHOR BAGI DAERAH KULAI UNTUK BULAN FEBRUARI
By admin
Februari 22, 2021
Pegawai Daerah Kulai, Tuan Haji Zainor Bin Haji Adani telah menyerahkan penyampaian sumbangan Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Johor (TMJ) kepada enam keluarga di Mukim Kulai, Mukim Senai, Mukim Bukit Batu dan Mukim Sedenak, petang semalam.
Turut serta dalam penyerahan sumbangan ini ialah Pengerusi Jawatankuasa Penyelaras Khas DUN (JPKD) Senai, En Abdul Rahman Bin Abdullah; Pengerusi JPKD Bukit Batu, YBhg Datuk Hj Mohd Jafni Bin Md Shukor, Ketua Penolong Pegawai Daerah Kulai, Pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat Daerah Kulai, wakil Amin Baitulmal Daerah Kulai dan Penghulu-Penghulu Mukim.
Kami berharap sumbangan DYAM TMJ ini dapat meringankan beban yang ditanggung oleh enam keluarga penerima ini.
MENJUNJUNG KASIH TUNKU