PENYAMPAIAN KURNIAAN DYAM TUNKU MAHKOTA JOHOR UNTUK KELUARGA TERMISKIN BAGI DAERAH KOTA TINGGI
By admin
Penyampaian Kurniaan DYAM Tunku Mahkota Johor Bagi Daerah Kota Tinggi Fasa 2 (Februari) Tahun 2021.
Merafak Sembah Menjunjung Setinggi-Tinggi Kasih Atas Perkenan
Duli Yang Amat Mulia Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim Tunku Mahkota Johor
Mengurniakan Sumbangan :
Kepada Keluarga Termiskin Daerah Kota Tinggi.
YBhg. Puan Hajah Hazlina Binti Jalil, Pegawai Daerah Kota Tinggi telah melawat tiga (3) buah keluarga dan menyempurnakan Penyampaian Kurniaan DYAM Tunku Mahkota Johor Bagi Daerah Kota Tinggi Fasa 2 (Februari) Tahun 2021 Mukim Sedili Besar.
Turut serta dalam lawatan tersebut Puan Che Wan Hamizah Binti Che Wan Zain, Pegawai Pembangunan Masyarakat, Jabatan Kebajikan Masyarakat Daerah Kota Tinggi serta Encik Mohammad Nor Fahmi Bin Md. Nasir, Penolong Pegawai Daerah, Pejabat Daerah Kota Tinggi serta Penghulu Kanan dan Penghulu Mukim Sedili Besar.
Puan Pegawai Daerah telah menyampaikan sumbangan wang tunai RM 1,000.00 Kurniaan DYAM Tunku Mahkota Johor serta bantuan bekalan makanan kepada setiap keluaga penerima tersebut iaitu :
Penerima pertama
(1) adalah Encik Mokhtaruddin Bin Othman, di Kampung Sembayong, Sedili Besar, Kota Tinggi. Beliau mempunyai masalah mata yang kabur dan terlantar tidak dapat bergerak.
Penerima kedua
(2) adalah Encik Abdul Manap bin Taip di Kampung Teluk, Sedili Besar, Kota Tinggi. Beliau lumpuh separuh badan. Isteri beliau juga mempunyai penyakit kanser rahim. Beliau tidak bekerja dan memerlukan kos saraan serta perubatan setiap bulan.
Penerima ketiga
(3) pula adalah Puan Selamah Binti Bolok, di Batu 7, Kampung Sayang, Jalan Tanjung Sedili, Kota Tinggi yang menghidap diabetis, darah tinggi serta lumpuh pergerakannya menggunakan kerusi roda sejak dua (2) tahun yang lalu.
Semoga keluarga penerima yang dibantu dapat terus tabah meneruskan kesinambungan hidup dengan lebih baik pada masa akan datang. Program lawatan seumpama ini akan diteruskan sepanjang tahun bagi membantu golongan yang memerlukan dari semasa ke semasa.
Menjunjung Setinggi-Tinggi Kasih DYAM Tunku Mahkota Johor serta terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang turut sama menjayakan penyampaian ini.