Skip to main content

PENYAMPAIAN KURNIAAN DYAM TUNKU MAHKOTA JOHOR DI DAERAH KOTA TINGGI

Admin
Disember 13, 2021

Yang Berhormat Datin Paduka Hajah Hazlina Binti Jalil, Pegawai Daerah Kota Tinggi telah menyempurnakan kurniaan DYAM Tunku Mahkota Johor Fasa 1 bagi bulan Disember 2021 bertempat di Mukim Johor Lama, Daerah Kota Tinggi.

Inisiatif DYAM Tunku Mahkota Johor mengurniakan bantuan untuk meringankan beban yang ditanggung oleh keluarga-keluarga yang serba memerlukan mencerminkan keperibadian baginda sebagai raja berjiwa rakyat yang amat prihatin dan mengambil berat soal kebajikan dan kesejahteraan hidup rakyat.

Antara keluarga-keluarga penerima kurniaan DYAM Tunku Mahkota Johor adalah terdiri daripada golongan sasaran seperti keluarga yang dhaif, golongan asnaf, mereka yang mempunyai sejarah penyakit kronik, kehilangan pekerjaan dan sebagainya.

Semoga kurniaan ini dapat meringankan beban yang ditanggung oleh penerima dan semoga penerima dapat meneruskan kesinambungan hidup dengan lebih baik di masa akan datang.

Turut hadir bersama Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Penolong Pegawai Daerah Pembangunan Masyarakat, Penghulu Kanan, Penghulu Mukim dan Ketua-Ketua Kampung yang terlibat.

© DYAM Pemangku Sultan Johor. Hakcipta Terpelihara.