PENYERAHAN KURNIAAN DYAM TUNKU MAHKOTA JOHOR BAGI DAERAH MERSING
By admin
En Mohammad Alif Bin Abdul Fa’tas, Penolong Pegawai Daerah Mersing telah menyempurnakan kurniaan DYAM Tunku Mahkota Johor bersempena Hari Ulangtahun Keputeraan baginda kepada penduduk-penduduk e-Kasih (miskin dan miskin tegar) dan rumah dalam pengawasan di kawasan PKPD iaitu di Kampung Makam, Kampung Benaung, Kampung Sawah Dato dan Kampung Tanjung Genting yang berjumlah 200 keluarga.
Kurniaan DYAM Tunku Mahkota Johor merupakan inisiatif baginda yang menitikberatkan kebajikan dan kesejahteraan rakyat serta bagi meringankan beban kepada golongan sasaran iaitu mereka yang dhaif, golongan asnaf, serta terpaksa menghadapi cabaran hidup yang getir seperti penyakit, kemiskinan, tiada pekerjaan dan sebagainya.
Menjunjung Setinggi-Tinggi Kasih DYAM Tunku Mahkota Johor atas kurniaan tersebut. Semoga setiap penerima akan terus tabah dan cekal serta mampu meneruskan kesinambungan hidup yang lebih baik pada masa akan datang.