Skip to main content

PENYERAHAN KURNIAAN DYAM TUNKU MAHKOTA JOHOR UNTUK KELUARGA KURANG BERKEMAMPUAN DI DAERAH SEGAMAT BAGI BULAN JULAI 2022

Admin
Julai 17, 2022

Penyampaian Kurniaan DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor bagi Bulan Julai telah disempurnakan oleh Ybhg Tuan Haji Hasrin Kamal bin Hashim, Pegawai Daerah Segamat.

Penyerahan Kurniaan DYAM Tunku Mahkota Johor ini telah diserahkan kepada beberapa buah keluarga kurang berkemampuan terdiri daripada Pesara, Bekas Anggota Tentera yang Kurang Upaya dan Balu Anggota Tentera dan penerima-penerima ini telah dicadangkan dari Persatuan Veteran ATM Cawangan Segamat yang diketuai oleh Kapten (B) Ismail Jamil.

Penyerahan ini melibatkan mukim-mukim di sekitar Daerah Segamat iaitu Mukim Pogoh, Mukim Sermin, Mukim Buloh Kasap, Mukim Jementah, Mukim Gemereh dan Mukim Sungai Segamat.

Bagi penerima kurang berkemampuan dari Mukim Sungai Segamat pula telah diserahkan oleh wakil rasmi Tuan Pegawai Daerah Segamat iaitu Encik Muhammad Hafizuddin bin Abd Jalal (Penolong Pegawai Daerah).

Turut serta bersama dalam penyerahan kurniaan ini ialah Penghulu Mukim, AJK PVATM Caw. Segamat dan JPKK Kampung yang terlibat.

© DYAM Pemangku Sultan Johor. Hakcipta Terpelihara.