Skip to main content

PROGRAM LAWATAN ZIARAH KASIH DAN PENYAMPAIAN KURNIAAN DYAM MEJAR JENERAL TUNKU ISMAIL IBNI SULTAN IBRAHIM, TUNKU MAHKOTA JOHOR BAGI BULAN JULAI TAHUN 2022 DAERAH PONTIAN

Admin
Julai 17, 2022

Ybhg. Tuan Haji Mohd Rafi Bin Abdullah, Pegawai Daerah Pontian bersama rombongan Pentadbiran Daerah Pontian, Encik Ahmad Azhar Bin Ab Hamid dan Encik Mohd Zulhafiz Bin Md Salih, Penolong Pegawai Daerah Pontian berkesempatan menyampaikan sumbangan kurniaan DYAM Tunku Mahkota Johor kepada 15 buah keluarga yang kurang bernasib baik di sekitar daerah Pontian khususnya di Mukim Pontian dan Mukim Jeram Batu, Pengkalan Raja.

Kurniaan DYAM Tunku Mahkota Johor merupakan inisiatif baginda yang menitikberatkan kebajikan dan kesejahteraan rakyat serta bagi meringankan beban kepada golongan sasaran iaitu mereka yang dhaif, golongan asnaf, serta terpaksa menghadapi cabaran hidup yang getir seperti penyakit, kemiskinan, tiada pekerjaan dan sebagainya.

Turut hadir:

Barisan Pegawai Pejabat Daerah Pontian,

Pegawai Baitulmal MAIJ Daerah Pontian,

Pegawai JKM Pontian,

Penghulu Kanan Daerah Pontian

Penghulu Mukim & Ketua Kampung Yang Terlibat,

Serta Pendudukan Setempat

© DYAM Pemangku Sultan Johor. Hakcipta Terpelihara.