PROGRAM LAWATAN ZIARAH KASIH DAN PENYAMPAIAN KURNIAAN DYAM MEJAR JENERAL TUNKU ISMAIL IBNI SULTAN IBRAHIM, TUNKU MAHKOTA JOHOR BAGI DAERAH PONTIAN
By Admin
Julai 03, 2023
Ybhg. Tuan Haji Zainal Bin Eran, Pegawai Daerah Pontian berkesempatan menyampaikan sumbangan Kurniaan DYAM Tunku Mahkota kepada beberapa keluarga yang kurang bernasib baik di daerah Pontian.
Kurniaan DYAM Tunku Mahkota Johor merupakan inisiatif baginda yang menitikberatkan kebajikan dan kesejahteraan rakyat serta bagi meringankan beban kepada golongan sasaran iaitu mereka yang dhaif, golongan asnaf serta terpaksa menghadapi cabaran hidup yang getir seperti penyakit, kemiskinan, tiada pekerjaan dan sebagainya.
Turut hadir Pegawai Baitulmal MAIJ Daerah Pontian, Pegawai JKM Pontian, Penghulu Mukim & Ketua Kampung yang terlibat serta penduduk setempat.


