Skip to main content

Pengarang: Admin

SALAM MAULIDUR RASUL

Salam Maulidur Rasul kepada semua umat Islam di mana jua anda berada. Semoga kita terus mencontohi akhlak serta mengamalkan sunnah junjungan besar Nabi Muhammad SAW. Bersama-samalah juga kita mendoakan agar Johor sentiasa berada di bawah keberkatan Allah SWT. Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor

Continue reading

ULANG TAHUN KEPUTERAAN RAJA PERMAISURI AGONG

Merafak sembah dengan ucapan setinggi-tinggi tahniah serta ucap selamat kepada KDYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Baginda pada 14 Ogos 2026 bersamaan 1 Rabiulawal 1448H. DYAM Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor

Continue reading

TERIMA MENGADAP PENDAKWAH DAN PENULIS DARI AMERIKA SYARIKAT BERKETURUNAN PALESTIN YANG JUGA MERUPAKAN PENGASAS DAN PRESIDEN YAQEEN INSTITUTE FOR ISLAMIC RESEARCH

Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor terima mengadap Dr. Omar Suleiman, pendakwah dan penulis dari Amerika Syarikat berketurunan Palestin yang juga merupakan Pengasas dan Presiden Yaqeen Institute for Islamic Research pada hari ini, 31 Julai 2026. Allah Peliharakan Sultan.

Continue reading

MAJLIS ISTIADAT ZIARAH MAKAM DIRAJA JOHOR SEMPENA HARI HOL ALMARHUM SULTAN ISKANDAR

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dan Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor berangkat ke Majlis Istiadat Ziarah Makam Diraja Johor sempena Hari Hol Almarhum Sultan Iskandar pada 21 Julai 2026. Turut mengiringi keberangkatan Baginda adalah Duli Yang Amat Mulia Tunku Iskandar Ibni Tunku Ismail, Raja Muda Johor. Allah Peliharakan Sultan.

Continue reading

© DYAM Pemangku Sultan Johor. Hakcipta Terpelihara.