Pengarang: Admin
Merafak sembah dengan ucapan setinggi-tinggi tahniah serta ucap selamat kepada DYMM Raja Zarith Sofiah Binti Almarhum Sultan Idris Shah, Permaisuri Johor sempena Hari Keputeraan Baginda pada 14 Ogos 2022 bersamaan 16 Muharram 1444H.
DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor
PENYERAHAN KURNIAAN DYAM TUNKU MAHKOTA JOHOR BAGI DAERAH KLUANG
Ybhg. Pegawai Daerah Kluang, Tuan Haji Jamaludin bin Haji A.Hamid telah menyempurnakan kurniaan DYAM Tunku Mahkota Johor kepada beberapa keluarga di mukim Niyor dan Kluang, Daerah Kluang.
Turut serta dalam penyerahan sumbangan ini ialah Encik Mohd Sharul Azmi bin Md Kamil (Penolong Pegawai Daerah), Penghulu Kanan, Penghulu Mukim dan ketua kampung.
Kurniaan DYAM Tunku Mahkota Johor merupakan inisiatif baginda yang menitikberatkan kebajikan dan kesejahteraan rakyat serta bagi meringankan beban kepada golongan sasaran iaitu mereka yang dhaif, golongan asnaf, serta terpaksa menghadapi...
PENYAMPAIAN KURNIAAN DYAM TUNKU MAHKOTA JOHOR KEPADA PENDUDUK DAERAH KULAI
Yang Berbahagia Tuan Haji Zainor Bin Haji Adani, Pegawai Daerah Kulai telah menyerahkan Penyampaian Kurniaan Fasa Dua Bulan Ogos dari Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor kepada penduduk di Mukim Kulai dan Mukim Senai, hari ini.
Turut serta dalam penyerahan kurniaan ini ialah Penolong Pegawai Daerah Kulai, Penghulu Mukim Kulai, Penghulu Mukim Senai, dan ketua-ketua kampung yang terlibat.
Kurnian DYAM Tunku Mahkota Johor ini adalah untuk membantu meringankan beban dan kesulitan hidup yang dihadapi oleh keluarga-keluarga yang serba...
PENYERAHAN KURNIAAN DULI YANG AMAT MULIA TUNKU MAHKOTA JOHOR UNTUK KELUARGA KURANG BERKEMAMPUAN DI DAERAH SEGAMAT
Penyampaian Kurniaan Duli Yang Amat Mulia Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor (TMJ) telah disempurnakan oleh Ybhg Tuan Haji Hasrin Kamal bin Hashim, Pegawai Daerah Segamat.
Penyerahan Kurniaan DYAM Tunku Mahkota Johor kali ini telah diserahkan kepada beberapa buah keluarga kurang berkemampuan dari mukim-mukim di sekitar Daerah Segamat iaitu Mukim Pogoh, Mukim Gemereh dan Mukim Buloh Kasap.
Sesungguhnya kurniaan ini mencerminkan akan keprihatinan dan kasih sayang yang berterusan DYAM Tunku Mahkota Johor kepada Bangsa Johor khususnya penduduk Daerah Segamat.
Turut...
HARI KEBANGSAAN SINGAPURA
Tahniah saya ucapkan kepada sahabat kami, Singapura kerana menyambut Hari Kebangsaan ke-57.
Saya sangat menghargai persahabatan Johor dengan Singapura serta berharap Singapura akan terus menikmati keamanan dan kesejahteraan.
DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor
PROGRAM ZIARAH PRIHATIN SEMPENA PENYERAHAN KURNIAAN DYAM TUNKU MAHKOTA JOHOR BAGI BULAN OGOS TAHUN 2022 DAERAH BATU PAHAT
Pada hari ini, Yang Berbahagia Pegawai Daerah Batu Tuan Haji Nasri Bin Md Ali. telah hadir menyempurnakan Program Ziarah Prihatin Sempena Penyerahan Kurniaan DYAM Tunku Mahkota Johor bagi bulan Ogos fasa 1 Tahun 2022 .
Lawatan pada hari ini melibatkan beberapa keluarga Penerima di Mukim Sungai Kluang Daerah Batu Pahat.
Program lawatan Ziarah Prihatin seumpama ini merupakan salah satu gerak usaha dalam membantu golongan sasaran iaitu mereka yang menghadapi kepayahan hidup, golongan kurang berkemampuan, dan kurang bernasib baik.