Pengarang: Admin
Saya mengambil maklum mengenai bencana banjir yang telah melanda enam negeri. Saya berharap pihak berkuasa memberi pertolongan kepada semua yang terjejas. Tumpuan juga perlu diberi kepada pencegahan banjir dengan segera.Saya juga telah mengarahkan agar Southern Volunteers bersiap sedia untuk dihantar ke kawasan-kawasan banjir bagi usaha membantu, membersih dan pengagihan sumbangan barangan keperluan. Sama-sama kita doakan untuk keselamatan dan berkat Allah SWT bagi semua mangsa banjir.DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor
MELAWAT DAN BERAMAH MESRA DENGAN PENDUDUK MERSING
Pada hari ini (18 Disember 2021), saya dan isteri telah berangkat ke daerah Mersing untuk melawat dan beramah mesra dengan para penduduk di sekitar daerah.
Program untuk hari ini bermula di Kampung Air Puteri dengan lawatan ziarah kasih ke rumah warga-warga kampung yang asnaf bagi menghulurkan bantuan kepada mereka. Semoga sumbangan yang disampaikan dapat meringankan beban mereka.
Seterusnya, program disambung dengan persembahan tarian tradisional dan permainan tradisional seperti sumpit, congkak dan dam soksek di Pejabat Majlis Kebudayaan Daerah Mersing. Persembahan diteruskan...
HASRAT ADIK ADAM UNTUK MELAWAT LEGOLAND DITUNAIKAN
Hasrat adik Adam yang menghidap penyakit jantung terbalik untuk melawat Legoland telah ditunaikan hari ini, 18/12/2021. Atas titah DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor (TMJ), adik Adam telah diiringi oleh Pegawai Daerah Pontian bagi menunaikan hasratnya. Semoga ia dapat membawa keceriaan kepada adik Adam dan keluarga. Allah Peliharakan Sultan.
MEMENUHI HASRAT ADIK ADAM DAN KELUARGA UNTUK MELAWAT LEGOLAND
Baru-baru ini ada berita mengenai adik Adam di mana beliau menghidapi penyakit jantung terbalik. Saya telah menitahkan Setiausaha saya dan Pegawai Daerah Pontian untuk memenuhi hasrat adik Adam dan keluarganya untuk melawat Legoland. Saya juga akan menanggung sepenuhnya perbelanjaan lawatan ini dan juga perubatan adik Adam. Diharapkan ini dapat membawa sedikit keceriaan kepada adik Adam dan keluarga. Alhamdulillah kita jumpa nanti.
DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor
MAJLIS PERASMIAN MASJID SULTAN ISKANDAR, MERSING
DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor berangkat hadir merasmikan Masjid Sultan Iskandar, Mersing, Johor pada 17 Disember 2021. Baginda turut menunaikan Solat Jumaat bersama rakyat. Allah Peliharakan Sultan.
PENYERAHAN KURNIAAN DYAM TUNKU MAHKOTA JOHOR BAGI DAERAH KLUANG
Ybhg. Pegawai Daerah Kluang, Tuan Haji Jamaludin bin Haji A.Hamid telah menyempurnakan kurniaan DYAM Tunku Mahkota Johor kepada beberapa keluarga di mukim Kluang, Daerah Kluang.
Turut serta dalam penyerahan sumbangan ini ialah Cik Nurul Nadiah binti Mohd Shah (Penolong Pegawai Daerah) yang turut menyerahkan kurniaan di mukim Machap serta Renggam bersama-sama Penghulu Kanan, Penghulu Mukim Kluang, Machap dan Renggam.
Kurniaan DYAM Tunku Mahkota Johor merupakan inisiatif baginda yang menitikberatkan kebajikan dan kesejahteraan rakyat serta bagi meringankan beban kepada golongan sasaran...