Skip to main content

Pengarang: Admin

PENYERAHAN KURNIAAN DYAM TUNKU MAHKOTA JOHOR BAGI DAERAH KLUANG

Wakil rasmi Pegawai Daerah Kluang, Cik Nurul Nadiah binti Mohd Shah, Penolong Pegawai Daerah telah menyempurnakan kurniaan DYAM Tunku Mahkota Johor kepada beberapa keluarga di mukim Kluang dan Kahang, Daerah Kluang. Turut serta dalam penyerahan sumbangan ini ialah Penghulu Mukim Kluang dan Kahang serta ketua kampung. Kurniaan DYAM Tunku Mahkota Johor merupakan inisiatif baginda yang menitikberatkan kebajikan dan kesejahteraan rakyat serta bagi meringankan beban kepada golongan sasaran iaitu mereka yang dhaif, golongan asnaf, serta terpaksa menghadapi cabaran hidup yang getir seperti...

Continue reading

BANTUAN UNTUK MANGSA BANJIR DI MELAKA

Bantuan kepada mereka yang terjejas akibat banjir telah dilaksanakan di Melaka semalam. Agensi dari Johor akan ke Shah Alam hari ini, kemudian ke Hulu Langat dan Pahang esok hari. Semoga bantuan ini meringankan beban mereka yang terjejas.

Continue reading

PROGRAM LAWATAN ZIARAH KASIH DAN PENYAMPAIAN KURNIAAN DYAM MEJAR JENERAL TUNKU ISMAIL IBNI SULTAN IBRAHIM, TUNKU MAHKOTA JOHOR BAGI BULAN DISEMBER 2021 DAERAH PONTIAN

Ybhg. Tuan Haji Mohd Rafi Bin Abdullah, Pegawai Daerah Pontian bersama rombongan Pentadbiran Daerah Pontian, Encik Mohd Zulhafiz Bin Md Salih, Penolong Pegawai Daerah Pontian berkesempatan menyampaikan sumbangan Kurniaan DYMM Tunku Mahkota Johor Kepada 3 Buah Keluarga Yang Kurang Bernasib Baik Di sekitar Daerah Pontian Khususnya Di Mukim Benut. Kurniaan DYAM Tunku Mahkota Johor merupakan inisiatif baginda yang menitikberatkan kebajikan dan kesejahteraan rakyat serta bagi meringankan beban kepada golongan sasaran iaitu mereka yang dhaif, golongan asnaf, serta terpaksa menghadapi cabaran...

Continue reading

PENGHANTARAN BANTUAN KEDUA SUDAH BERTOLAK

Penghantaran bantuan kedua sudah bertolak. Diharapkan bantuan-bantuan ini dapat meringankan beban mereka yang terjejas akibat banjir. Terima kasih kepada semua pihak dan agensi Johor yang terlibat dalam usaha bantuan ini. DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor

Continue reading

ISU BENCANA BANJIR DAN SUKARELAWAN AKAN DIHANTAR UNTUK MEMBANTU MANGSA BANJIR

Saya mengambil maklum mengenai bencana banjir yang telah melanda enam negeri. Saya berharap pihak berkuasa memberi pertolongan kepada semua yang terjejas. Tumpuan juga perlu diberi kepada pencegahan banjir dengan segera.Saya juga telah mengarahkan agar Southern Volunteers bersiap sedia untuk dihantar ke kawasan-kawasan banjir bagi usaha membantu, membersih dan pengagihan sumbangan barangan keperluan. Sama-sama kita doakan untuk keselamatan dan berkat Allah SWT bagi semua mangsa banjir.DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor

Continue reading

© DYAM Pemangku Sultan Johor. Hakcipta Terpelihara.