Pengarang: Admin
Menerusi laporan ramalan awal, Johor dijangka akan dilanda banjir bermula 1 Januari. Saya telah mengarahkan agensi-agensi kerajaan dan pejabat-pejabat daerah supaya memastikan kesiapsiagaan untuk bertindak pantas dalam usaha penebatan banjir dan menghulurkan bantuan kepada rakyat yang memerlukan.Saya juga telah mengarahkan supaya Southern Volunteers digerakkan untuk membantu pejabat-pejabat daerah dan agensi-agensi yang berkaitan bagi memastikan tiada siapa yang ketinggalan dalam usaha membantu mangsa banjir.Saya akan terus memantau situasi di Johor, dan memastikan segala bantuan akan...
SELAMAT HARI NATAL
Saya ingin mengucapkan Selamat Hari Natal kepada semua penganut agama Kristian.
DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor
SELAMAT ULANG TAHUN KEPUTERAAN YAM TUNKU IDRIS ISKANDAR AL-HAJ
Selamat Ulang Tahun Keputeraan YAM Tunku Idris Iskandar Al-Haj
PERSEDIAAN MENGHADAPI BANJIR
Pegawai-pegawai daerah sudah sedia maklum akan tugas jika banjir di kawasan masing masing. Bantuan tenaga, barangan dan tempat berteduh sedia untuk digerakkan. Istana Johor juga sudah bersiap sedia dengan 4,000 kotak keperluan asas untuk diagihkan. Bantuan akan ditambah mengikut keperluan.
DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor
TITAH BAGI MEMASTIKAN SEMUA JENTERA, PERALATAN DAN PERSIAPAN RAPI BERSEDIA MENGHADAPI BANJIR
Saya telah menerima laporan ramalan cuaca dan status aras air di beberapa sungai di Johor. Saya telah menitahkan semua pegawai-pegawai daerah dan agensi-agensi di Johor untuk memastikan semua jentera, peralatan dan persiapan rapi dibuat serta bersedia untuk dikerahkan pada bila-bila masa.
Semua agensi kerajaan hendaklah sentiasa memantau situasi terkini sepanjang masa untuk memastikan Johor bersedia untuk menghadapi segala kemungkinan. Agensi-agensi berkenaan juga mesti memaklumkan kepada rakyat maklumat masa nyata dengan cepat jika apa-apa berlaku.
DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail...
PENYERAHAN KURNIAAN DULI YANG AMAT MULIA TUNKU MAHKOTA JOHOR BAGI DAERAH TANGKAK
Tuan Haji Mohammed Shakib Bin Haji Ali selaku Pegawai Daerah Tangkak telah mengadakan kunjungan dan menyampaikan kurniaan DYAM Tunku Mahkota Johor kepada beberapa keluarga yang kurang bernasib baik di Mukim Grisek.
Inisiatif Tunku Mahkota Johor ini menyasarkan penerima dari kalangan keluarga yang daif, asnaf atau individu yang betul-betul memerlukan tanpa keterbatasan dari segi agama dan bangsa.
Bagi fasa ini, penerima adalah dari kalangan penghidap strok, darah tinggi, OKU (masalah pembelajaran) serta masalah buah pinggang yang memerlukan rawatan berkala.
Turut serta dalam...