Pengarang: Admin
Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor terima mengadap Mrs. Nualphan Lamsam, Presiden Persatuan Bolasepak Thailand yang turut dikenali sebagai Madame Pang pada hari ini, 19 Disember 2024.
Perbincangan tertumpu kepada langkah-langkah untuk mengukuhkan hubungan antara Johor dan Thailand, termasuk memberikan lebih banyak peluang kepada pemain bola sepak muda Malaysia untuk beraksi di Thailand. Allah Peliharakan Sultan.
PENYAMPAIAN KURNIAAN DYAM PEMANGKU SULTAN JOHOR BAGI DAERAH JOHOR BAHRU
Penyampaian kurniaan DYAM Pemangku Sultan Johor telah disempurnakan dengan penuh penghormatan kepada beberapa penerima di Mukim Plentong dalam daerah Johor Bahru.
Sesi penyerahan kurniaan ini telah dilaksanakan oleh En Muhammad Najhan bin Abdul Rahim, wakil rasmi Pegawai Daerah Johor Bahru. Sesi ini juga melibatkan Penghulu Mukim Plentong dan Ketua-ketua Kampung setempat.
Golongan penerima terdiri daripada mereka yang kurang berkemampuan, individu yang menghidap penyakit kronik, dan ahli keluarga yang memiliki anggota keluarga Orang Kurang Upaya (OKU). Kurniaan ini diberikan sebagai...
PERLAWANAN AKHIR PIALA ANTARA BENUA FIFA 2024
Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor berangkat ke Perlawanan Akhir Piala Antara Benua FIFA 2024 antara Real Madrid dan C.F. Pachuca di Stadium Lusail di Doha, Qatar malam tadi. Allah Peliharakan Sultan.
DULI YANG AMAT MULIA PEMANGKU SULTAN JOHOR BERTEMU DENGAN PENGERUSI QATAR SPORT INVESTMENT DAN PRESIDEN PARIS SAINT-GERMAIN
Adalah satu penghormatan dapat bertemu dengan Pengerusi Qatar Sport Investment dan Presiden Paris Saint-Germain, Nasser Al-Khelaifi. Sesuatu yang besar akan datang tidak lama lagi. Sesuatu yang belum pernah kami lakukan sebelum ini. Alhamdulillah🤲🏻💙❤️
DULI YANG AMAT MULIA PEMANGKU SULTAN JOHOR MENGADAKAN PERTEMUAN PRESIDEN PERSEKUTUAN BOLA SEPAK ANTARABANGSA (FIFA)
Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor mengadakan pertemuan dengan Gianni Infantino, Presiden Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) pada 17 Disember 2024.
Infantino telah diberi taklimat mengenai projek skuad kebangsaan di Malaysia yang dimulakan oleh DYAM Pemangku Sultan Johor dan ianya juga mendapat sokongan daripada kerajaan Malaysia. Infantino turut menzahirkan kepercayaan inisiatif nasional tersebut yang dikemudi DYAM Pemangku Sultan Johor dan bersetuju untuk memberikan sokongan kepada Malaysia dari segi penyelidikan, infrastruktur dan pembangunan....
DULI YANG AMAT MULIA PEMANGKU SULTAN JOHOR MENGADAKAN PERTEMUAN DENGAN KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF QATAR AIRWAYS
Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor mengadakan pertemuan dengan Badr Mohammed Al-Meer, Ketua Pegawai Eksekutif Qatar Airways di Doha, Qatar hari ini.
Hadir sama adalah Tim Cahill, Penasihat Khas kepada DYAM Pemangku Sultan Johor. Pertemuan ini tertumpu kepada menjalin hubungan lebih erat yang boleh memanfaatkan negeri Johor dengan rangkaian penerbangan luas Qatar Airways dan meningkatkan ekonomi Johor.
Baginda berkunjung ke Qatar minggu ini untuk beberapa siri mesyuarat, termasuk bersama individu-individu terkenal dan berjaya dalam dunia bola sepak.
...